Hiburan By: SGMS Faida May 14, 2019 @ 4:51pm

‘Sakit Ini Peringatan’- Pita Suara Bermasalah, Hael Husaini Mahu Rehat

Penyanyi Hael Husaini mengakui mengalami masalah pita suara sejak sebulan lalu.

Tambah pelantun Jampi ini, hal ini mungkin terjadi disebabkan tidak cukup rehat dan jadual kerja padat.  

 “Kesihatan saya terjejas disebabkan terlalu penat bekerja. Ia turut memberi kesan kepada kotak suara dan saya dinasihatkan supaya tidak menyanyi selama dua minggu.

“Bayangkan perasaan saya apabila mendapat tahu perkara itu, sedangkan suara adalah instrumen yang menjadi antara punca utama pendapatan.

“Sebelum ini, saya bekerja terlalu kuat hingga tiada masa untuk diri. Sakit ini memberi peringatan supaya tidak mengabaikan diri,” katanya.

Masalah itu, akui Hael atau nama sebenarnya, Hal Husaini Razmi turut menjejaskan kualiti persembahannya, termasuk ketika beraksi pada Anugerah MeleTOP (AME) 2019, baru-baru ini.

“Bukan hanya di pentas AME 2019, prestasi nyanyian saya juga tidak memuaskan di beberapa acara lain. Apabila sakit, banyak kerja lain yang tergendala, namun saya tetap teruskan komitmen nyanyian.

“Saya perlu profesional kerana sudah bersetuju awal untuk membuat persembahan. Biarpun terpaksa mengambil risiko, saya tetap jalankan tugas dengan sebaik mungkin.

“Tidak dinafikan, saya ada membuat kesilapan, namun saya berusaha untuk memperbaiki apabila kesihatan pulih sepenuhnya nanti,” katanya.

 

Dalam perkembangan lain, Hael turut tampil dengan lagu raya, Bersyukur Seadanya yang dicipta bersama Ezra Kong.- BH Online.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 29 Oct 2023
Events Wed, 28 Sep 2022

Saksi Dakwa Ebit Lew Hantar Foto K*maluan Di Aplikasi WhatsApp

Tak tau nak kata apa, tunggu je lah keputusan kes perbicaraan tersbeut okay!

Hiburan Sun, 24 Mar 2019
Hiburan Thu, 20 Jun 2019

‘Doakan Anak Saya’- Anak Daus Drama Band Kini Di ICU

Pemain bass kumpulan Drama Band, Daus memohon orang ramai mendoakan kesihatan anak keduanya, Nurul Adni Nuha yang kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Serdang.

Hiburan Tue, 26 Dec 2023
Hiburan Thu, 5 Jul 2018
Hiburan Fri, 13 Oct 2023
Hiburan Mon, 17 Jun 2019

Nabila Huda Bengang Disindir Ibu Tiri?

Nabila turut mendakwa wanita tersebut adalah punca dia berjauhan dengan bapanya selama ini.

Hiburan Wed, 15 Nov 2023

Alamak, Ada Adegan Lentok Sikit… Aksi Ella & Vokalis Radja Jadi Bahan Kecaman Warganet

Tak baik tau netizen cakap macam tu! Ella terlalu feel tu🔥🔥🔥