Hiburan By: SGMS Faida December 3, 2019 @ 1:18pm

‘Salah Ke Belanja Hasil Kerja Keras’- Ruhainies Jawab Netizen

Baru-baru ini, pelakon Ruhainies memberitahu dia memperuntukkan sekurang-kurangnya RM2000 sebulan bagi penjagaan diri.

Susulan itu, Ruhainies menerima pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang berpendapat jumlah itu terlalu banyak dan membazir.

“Selama empat tahun dalam industri, saya sudah lali dengan kata-kata negatif netizen.

“Saya tidak boleh kawal apa mereka tulis di laman Instagram. Sebagai seorang selebriti, saya ada peruntukan untuk memastikan penampilan saya terjaga.

“Lagipun saya membelanjakan sedikit peruntukan hasil dari kerja keras berlakon drama siang malam. Badan dan wajah juga perlukan rehat, apa salahnya,” katanya kepada Xtra.

Sebelum ini, Ruhainies memberitahu kepada portal Harian Metro dia tidak menggunakan produk mahal untuk menjaga kulit.

Ruhainies memaklumkan dia juga mengunjungi pusat rawatan wajah termasuklah spa urutan setiap minggu dalam memastikan dirinya segar ketika bekerja.

Dalam perkembangan lain, Ruhainies juga kini sibuk di lokasi penggambaran sehingga awal tahun depan.

“Saya baru sahaja tamat penggambaran drama bertajuk Mereka-Reka Neraka untuk 26 episod.

“Insha Allah Januari depan saya akan terbang ke Makkah dan Uzbekistan untuk penggambaran sebuah filem bertajuk Seandainya Kau Ada. Saya juga akan mengambil peluang untuk menunaikan Umrah di sana. Doakan agar semuanya dipermudahkan,” akhiri Ruhainies.

Oleh: Fas

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 28 May 2018

Wow! Anak Teman Kajol Rasmi Patung Lilin

Ini merupakan pertama Kali, Nysa menemani ibunya ke acara rasmi seperti itu.

Hiburan Mon, 28 May 2018

Sindir Syed Saddiq, Sharifah Amani Tegur Dira Abu Zahar Tegas!

Bagi Amani, beliau sendiri tidak faham kenapa Dira cuba mencetuskan kekecohan di laman sosila tersebut.

Hiburan Mon, 1 Apr 2019

‘Kamu Membuktikan Janji Kepada Arwah Papa Aku’- Nia Ramadhani Rai Ulang Tahun Perkahwinan Ke Sembilan

Siapa masih ingat lakonan Nia dalam Bawang Putih Bawang Merah? Geram je tengok kan!

Featured Fri, 27 Jan 2023
Featured Tue, 7 Feb 2023