Hiburan By: SGMS Faida February 28, 2019 @ 4:41pm

‘Salah Tetap Salah’- Krisis Kakak Buat Aprena Manrose Serba Salah

Adik kepada pelakon Oktovia Manrose, Aprena Manrose berharap agar perselisihan faham yang melibatkan adiknya itu di antara konflik perkahwinan Bella Astilah dan Aliff Aziz menemui penyelesaian terbaik.

Kata pelakon filem Jodoh Syaitan ini, sebagai seorang adik dia menegaskan apa yang salah akan tetap menjadi kesalahan.

“ Bagai ditelan mati emak, diluah mati bapa. Saya Aprena Manrose juga berdepan rasa serba salah di antara kemelut yang membabitkan kakak dan Bella.

“Bagaimanapun saya sejujurnya tidak berhak mencampuri urusan ini. Kedua-duanya sangat rapat dengan saya.

“Dia (Oktovia) sendiri sudah memohon maaf atas keterlanjuran. Saya sendiri sebagai wanita dan isteri memahami getaran hati Bella saat ditimpa musibah ini,” katanya apa yang salah tetap salah.

Aprena menerusi Instagram Story berkata, sebagai adik kepada Oktovia dan rakan kepada Bella Astilah,  dia turut berada dalam situasi serba salah.

“Saya harap mereka berdua dapat memilih jalan damai dan bersemuka depan mata serta akan ada penamat yang baik. Saya sayangkan mereka sangat.

“Untuk Aliff sendiri yang saya turut akrab ambillah tanggungjawab ini bagi berdepan secara budiman meleraikan segala kekusutan,” katanya.

Sementara itu, Aprena memohon agar warganet supaya tidak menjadi wira papan kekunci.

“Belajarlah juga untuk tidak terus menghukum. Kita semua manusia biasa,” katanya.

Terdahulu, Bella menerusi akaun Instagramnya mendakwa bahawa Aliff berlaku curang dengan Oktovia serta turut memuat naik perbualan daripada seseorang yang mengatakan dia melihat suaminya dan pelakon itu di sebuah kelab malam sebagai bukti.

Sebelum ini, Aliff pernah mencetuskan kontroversi apabila didakwa berlaku curang dengan seorang pelakon ketika menjalani penggambaran sebuah drama bersama.

Aliff dan Bella berkahwin pada September 2016 dan dikurniakan cahaya mata, Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia setahun tujuh bulan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 8 Jul 2018

Fuh…Video Menteri Kutip Sampah Jadi Viral!

Pelbagai pihak turut memuji tindakan beliau dan menularkan gambar serta video berkenaan termasuk ketua jurulatih hoki wanita negara, Muhammad Dharma Raj Abdullah

Hiburan Wed, 18 Mar 2020

Lepas Dua Tahun Jadi Duda ‘Hot’, Rashidi Ishak Cari Jodoh Di Tinder?

SELEPAS berpisah dengan aktor Vanidah Imran pada Ogos 2018 yang lalu, ramai peminat Rashidi Ishak mula mempersoalkan bilakah pelakon kacak ini akan manamatkan zaman dudanya. Menurut pelakon yang terkenal dengan watak Abu menerusi drama Kampung […]

Hiburan Thu, 24 Oct 2019

The Return of Ex-PRISTIN Members; Confirmed New Group’s Name and Official Logo

Their debut is getting nearer and fans are getting pumped!

Featured Tue, 30 Nov 2021
Featured Thu, 13 Oct 2022