Hiburan By: Del14 December 30, 2019 @ 5:00pm

Salt Bae Lengkapi Bulan Madu Ain Edruce!

Pelakon, model dan pengacara, Ain Edruce (28) yang baru sahaja mendirikan rumah tangga pada 13 Disember lalu dengan pilihan hatinya, Amirul Hafiz Mustaffa (26) telah terbang ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu untuk berbulan madu bersama suami tercinta. 

Ain atau nama penuhnya Nurulain Ar Edruce telah berkongsi momen indah dengan memuat naik beberapa foto sepanjang di Dubai buat tatapan umum. 

“Kali pertama di Dubai! Kasi peluang kak Ain berbulan madu ye,” tulisnya ringkas sebagai kapsyen. 

 
 
 
View this post on Instagram

First time in dubai ! Kasi chance kak ain hanimun ye. ❤️?

A post shared by NURULAIN BT EDRUCE (@ainedruce) on

 
Baru tiga hari di sana, tetapi Instagram Ain dipenuhi dengan foto-foto dia dan suami di lokasi popular pelancong seperti Dubai Miracle Garden, Zabeel Park Dubai, Burj Khalifa dan paling menarik sekali, foto mereka bersama chef terkenal Salt Bae atau @nusr_et tatkala makan malam di restoran chef terkenal itu. 

Bukan itu sahaja, malah Salt Bae sendiri yang memotong daging dan menghidangkannya kepada pasangan itu. Dikatakan, Salt Bae jarang berada di restorannya…jadi memang rezeki Ain dan suami dapat bertentang mata dan mendapat servis personal dari chef terkemuka itu. 

“Mungkin bulan madu kami bertuah.  Tak sangka @nusr_et juga ada di sini! Makanan enak, saya amat menyukai suasananya, segalanya di sini sangat sempurna. Bucket list 2019 selesai,” tulis Ain. 

Berikut adalah foto-foto yang dikongsi Ain sepanjang bulan madu mereka. Oh seronoknya!


 
Kredit Foto: Instagram @ainedruce

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 20 Dec 2022
Hiburan Wed, 27 Feb 2019
Featured Wed, 5 Oct 2022
Featured Tue, 13 Dec 2022

[VIDEO] Trending Di Twitter, Ramai Puas Hati ‘Ending’ Drama Rindu Kasih TV3 – “Suami Ugut Jatuh Talak, Isteri Terus Melangkah Jauh!”

Drama terbaik 2022! Tahniah Ummi Nazeera, Izzue Islam dan barisan pelakon hebat yang lain! Bengkak mata min tonton drama ni 😭😭😭 Ending memang superb!

Featured Fri, 8 Sep 2023

Tak Ada Solusi, Wanita Dakwa Abby Abadi, Norman Hakim Beri Izin Nak Viral Kes Anak Penyondol?

‘Tak ada solusi nak hentikan anak mereka sendiri’ – Misya. Hmm 🥵 Ini parah niii

Hiburan Fri, 10 Dec 2021

Gmie Screen Meninggal Dunia

Vokalis kumpulan Screen, Gmie atau nama sebenarnya, Hajmi Ibrahim, 51, meninggal dunia kira-kira jam 2.30 pagi tadi. Berita ini disampaikan oleh kumpulan rock 90-an, Lestari menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di akaun Facebook rasmi […]

Events Wed, 27 Mar 2019

理念不合撤资咖啡馆!小东:9月重新出发

咖啡馆经营理念不合,小东决定撤资!“目前有在物色新店铺,预计9月重新出发。”

Hiburan Mon, 20 Nov 2017

NOVEMBER MUSIM ARTIS BERTUNANG

Kedua-dua pasangan ini juga bersyukur kerana majlis pertunangan ini berjalan dengan lancar dengan dihadiri oleh keluarga dan kawan-kawan rapat.