‘Selamat jalan Abah…semoga tenang di sana,’ demikian tulis kakak kepada Adira Suhaimi, Emma Suhaimi memaklumkan bapa mereka, Suhaimi Rajiman telah meninggal dunia.

“ Biarpun tidak membesar dengan abah rasa sayang sebagai anak itu selalu ada di hati. Dalam diam tetap sayang,” tulisnya.

Dalam masa sama, bekas peserta program realiti Akademi Fantasi 8 (AF8) ini turut memohon agar orang ramai mendoakan kesejahteraan roh bapanya.

“ Al- Fatihah buat abah…minta kawan-kawan sudi sedekahkan Al Fatihah buat abah saya ‘Suhaimi’,” tulisnya.

Semoga roh Allahyarham Suhaimi Rajiman ditempatkan di dalam golongan orang-orang yang beriman, Al- Fatihah.