Hiburan By: Syafiqa Irdina February 13, 2020 @ 11:27pm

Selepas 33 Tahun, Rockers BELANTARA Kembali Demi Peminat Tanah Air!

Jika disebut kumpulan Belantara, mungkin ramai dalam kalangan generasi baharu agak jarang mendengar nama tersebut atau tidak mengenali siapakah mereka.

Namun, bagi orang lama atau pun otai rock kapak, mereka merupakan antara kumpulan rock yang sangatdisegani dan masih bertahan di persada industri muzik tanah air dengan peminat mereka tersendiri.

Baru-baru ini, Rockers Belantara yang kini dianggotai oleh Zaid (Vokalis), Aziz (Gitaris), Shukri (Bass), Umar (Drammer) telah hadir ke studio Malaysia Hari Ini untuk mempromosikan tiket showcase yang bakal berlangsung di Damansara Performing Arts Centre (DPAC) pada 20 Februari 2020. Istimewanya, showcase Belantara kali ini dianjurkan sendiri oleh peminat fanatik mereka tau!

Selepas showcase terakhir pada tahun 1988, mereka membuat keputusan untuk aktif semula selepas mendapat permintaan yang tinggi oleh peminatnya. Kumpulan muzik ini lebih popular di institut pengajian tinggi yang rata-rata lebih senang menerima mesej yang terdapat dalam lagu-lagu yang disampaikan oleh Belantara.

Terdahulu, Belantara telah menghasilkan 3 album rock progresif melayu terbaik iaitu “Belantara” (1987), “SriKandi DiSisi” (1988), dan “Infiniti” (1990). 

Bukan senang nak tengok legenda rock kapak ni reunion kan? Buat para peminat yang ingin mendapatkan tiket, layari Facebook Belantara okay!

Untuk lebih lanjut, jom kita tengok penampilan kumpulan rock kapak Malaysia di bawah:

 

Sumber: Youtube TV3

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 17 Dec 2019

Siti Saleha ‘Berguru’ Dengan Ogy Ahmad Daud?

Bagus Siti Saleha! Sentiasa rasa rendah diri walaupun seorang pelakon yang hebat!

Hiburan Fri, 11 Aug 2023
Hiburan Tue, 10 Dec 2019
Featured Sun, 5 Jun 2022
Featured Mon, 5 Dec 2022

“Manusia Lain-Lain, Bukan Semua Lelaki Macam Laki Hang!”- Eyra Hazali Berang, Nasihat Netizen Jangan ‘Influence’ Masyarakat Soal Perkahwinan

Betul tu! Kadang ada yang berfikir-fikir nak kahwin sebab takut dengar cerita org yang dah kahwin. eh!

Hiburan Fri, 23 Aug 2019

Sarimah Ibrahim Kongsi Tips Kurus

Rindu pulak dengan celoteh Che Puan Sarimah masa mengacara dulu.

Featured Thu, 22 Sep 2022
Hiburan Fri, 30 Jun 2023
Hiburan Thu, 2 Jan 2020