Hiburan By: Salma Syahbuddin July 11, 2019 @ 5:15pm

Selepas Beberapa Kontroversi ‘Panas’, Beginilah Penampilan Terbaru Fathia Latiff

Sebut sahaja namanya, mesti ramai netizen yang sudah muak dengan kisah peribadi beliau. Namun, bagi pelakon dan penyanyi ini, Fathia Latiff, beliau tidak mahu lagi menoleh kebelakang memandangkan peminat beliau di luar sana masih menerima kehadirannya dalam industri.

Fathia juga turut menyatakan rasa syukurnya selepas melalui beberapa episod duka dalam hidup beliau sepanjang beberapa tahun ini.

“Saya banyak belajar dari pengalaman dan kesilapan yang saya lakukan, jadi saya mahu menjadi lebih serius dalam bidang hiburan selepas ini. 

” Setakat ini saya berjumpa peminat di luar, mereka tak pernah bercakap atau bertanyakan saya mengenai hal yang berlaku termasuklah kenapa beliau membuka hijab dan sebagainya”

“Apapun, mereka masih menghormati saya dan keputuan yang saya ambil. walaupun mungkin terdapat segelintir netizen yang masih beranggapan buruk terhadap diri saya.” Katanya.

Bagaimanapun, Fathia enggan memberikan sebab yang spesifik kenapa beliau memilih untuk melepaskan hijabnya. 

” Ada perlunya saya menyimpan perkara itu dan tidak diceritakan kepada orang lain. Saya memohon doa yang baik-baik sahaja daripada peminat dan orang ramai di luar sana.” Jelasnya

Terbaharu, Fathia juga bakal muncul dengan single terbaru beliau berjudul Jika Aku Tahu. Adakah lirik lagu ini ditulis berdasarkan episod kontroversi beliau? Tunggu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 22 Dec 2023
Featured Sat, 24 Sep 2022
Hiburan Mon, 27 Nov 2023

Tersingkir Famili Duo 3 Akibat Kifarah Berbalah Dengan Keluarga? Ini Respons Shila Amzah

Allahu takutnya cakap macam tu? 😳 Rezeki mereka sekadar di minggu ketujuh saja 🙏🏼

Featured Mon, 21 Mar 2022
Hiburan Thu, 11 Jan 2024
Hiburan Fri, 5 Jan 2018

Rahsia Kekal Langsing Dan Miliki Kulit Cantik

Ozlynn tetap langsing dan wajahnya tiada pernah ada masalah kulit.