Hiburan By: Del14 October 3, 2019 @ 2:04pm

Selepas Bekerja Keras, Mira Filzah…

Tidak dapat dinafikan tahun 2018-2019 adalah tahun-tahun yang sibuk untuk pemenang Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH ke-32, Mira Filzah.  Namanya disebut-sebut kerana lakonan yang berkesan bagi drama-drama seperti Lelaki Kiriman Tuhan, Pujaan Hati Kanda dan Sweet Dreams dan tidak lupa juga filem Sangkar yang meledak di pawagam. 

Walau bagaimanapun, selepas berhempas pulas bekerja, pelakon ini mengakui gemar melancong dan bercuti dengan keluarga ke lokasi-lokasi menarik.

“Jika ada cuti panjang sebelum memulakan sesuatu kerja baharu, saya cuba ambil masa untuk bercuti.  Penghujung Ogos lalu, saya dan keluarga sempat ke Amerika Syarikat.

“Kemudian, sekembali ke tanah air, saya terikat dengan promosi filem Sangkar.  Saya juga sempat meluangkan masa bersama peminat ketika menyertai acara santai #FANtastik di Puncak Alam.  Sehari selepas itu, saya terbang ke London pula bagi menunaikan tanggungjawab bersama sebuah jenama pakaian, di sana. 

“Namun, apabila ada sahaja masa terluang, saya memang akan menggunakannya sebaik mungkin.  Kebelakangan ini, memang saya gemar berurut sebagai terapi diri.  Lega apabila dapat memanjakan diri selepas sibuk bekerja,” katanya. 

Terbaharu, Mira baru sahaja memulakan penggambaran drama bersiri, Addellea Sofea, arahan Shahrulezad Mohameddin, untuk siaran slot Akasia TV3 pada Disember depan. 

“Drama ini menjadi pengalaman sulung saya bekerja dengan Shahrulezad.  Menjayakan karakter baharu dan berbeza, ia semestinya mencabar kemampuan diri,” kata pengacara Nona itu. 

Mira yang menang besar pada malam kemuncak ABPBH ke-32 bulan lepas mengungguli kategori Pelakon TV Wanita Popular Alha Alfa, Pelakon Filem Wanita Popular, Bintang Paling Popular dan bagi kategori online, Mira bersama Remy Ishak diumumkan sebagai pemenang Gandingan Serasi Drama Popular, menerusi Pujaan Hati Kanda. 

 

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 1 Mar 2023
Hiburan Thu, 23 Nov 2017

Hamil Kembar Zizie Izette Kongsi Rahsia

Hamil kembar apa rahsianya? Jadi Zizie berkongsi rahsia dan memberi semangat kepada pasangan yang masih tidak dikurniakan anak supaya terus berikhtiar dan berdoa untuk diberikan rezeki.

Featured Wed, 21 Dec 2022

Berat Badan Sukar Turun Lepas Bersalin, Ernie Zakri Menangis Depan Syamel

Sebab tu sokongan suami dan orang sekeliling tu penting!

Featured Tue, 27 Dec 2022
Drama Sat, 31 Dec 2022

Kerana Cinta Itu Ada Tampil Gandingan Mantap Aedy Ashraf & Nabila Razali

Hanya kerana dengki dan iri hati, Nabila Aulia berdepan dengan pelbagai ujian sehingga mahligai perkahwinannya digadaikan. Apabila kebenaran itu timbul, masihkah ada peluang bagi Nabila Aulia dan Tengku Aisy untuk kembali menemui sinar bahagia? Saksikan […]

Hiburan Sat, 26 Jan 2019

Tya Ariffin Teruja Followers Cecah Sejuta, Cayalah!

Memang seronok tengok posting Tya setiap hari, penuh dengan positiviti!

Featured Sun, 12 Feb 2023