Peminat K Pop sekali dikejutkan dengan pemergian anggota kumpulan Surprise U, Cha In Ha.

Selebriti berusia 28 tahun yang juga pelakon drama Love With Flaws ini juga ditemui meninggal dunia, hari ini. (3/12 Selasa).

Pihak pengurusan Cha In Ha, Fantagio sedang menunggu maklum balas dari pihak berkuasa.

“Kami sedang mencari informasi,” ujar sumber agensi.

Sehingga kini, proses siasatan masih dijalankan.

Mendiang dikenali menerusi lakonannya dalam filem You, Deep Inside Of Me pada tahun 2017.

Selain itu, mendiang juga pernah berlakon dalam drama antaranya Temperature Of Love, Wok Of Love, Clean With Passion For Now dan The Banker.

Sebelum ini, industri K Pop dikejutkan dengan kematian Goo Hara dan Sulli.