Hiburan By: Del14 December 2, 2019 @ 11:12pm

“Sepatutnya Due Date Ayya Soffya Sama Dengan Awak” – Kongsi Wawa Zainal Sempena Hari Jadi Aeril Zafrel

Selamat ulang tahun kelahiran yang ke-31 kami ucapkan kepada pelakon Aeril Zafrel yang baharu sahaja menimang cahaya mata ketiganya semalam. 

Perkongsian itu dilakukan oleh isteri Aeril, pelakon Wawa Zainal menerusi entri di akaun instagram miliknya.

“Happy birthday soulmate @aezril_zafrel…sepatutnya due date @ayyasoffya harini. Sama tarikh dengan awak.

“Selamat berjuang kembali tukar pampers baby, susukan, pujuk baby,” tulis Wawa di dalam kapsyen entri tersebut. 

Wah, kalau tak Ayya Soffya dah kongsi tarikh lahir yang sama dengan Aeril tetapi Wawa melahirkan Ayya sehari lebih awal. 

“Terima kasih teman saya bertarung nyawa dari pagi sampai petang tadi, I love you 3000,” tulis Wawa lagi. 

Terdahulu, pasangan ini telah mengadakan majlis memperkenalkan jantina bayi mereka pada Rabu lalu. 

Baca: Aeril dan Wawa Adakan Majlis Memperkenalkan Jantina Dan Umum Nama Bayi Ketiga

Meninjau ruangan komen, pengikut laman instagram Wawa turut mengucapkan tahniah atas ahli keluarga baharu mereka dan mengucapkan selamat hari jadi buat Aeril. 

Baca: Aeril Zafril Boleh Jadi Contoh Calon Suami Yang Baik

Baca: ‘Kalau Semua Lelaki Macam Aeril…’- Wawa Zainal Kongsi Rahsia Suami

Kredit foto: Instagram @w4w4_zainal

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 15 Sep 2022

Bawa Watak ‘Sugar Mommy’, Fasha Sandha Sedia Dikritik – “Banyak Babak ‘Daring’, Penonton Kena Buka Minda”

Fasha Sandha kata dia tahu akan dikritik oleh Jabatan Netizen Malaysia (JNM). Tapi, adegan panas macam mana tu? Nantikan dalam drama bersiri Rampas Cintaku akan datang 23 September ini! 😚

Hiburan Tue, 6 Mar 2018

Kes Cium Eina Azman Tagih Perhatian Netizen

Cuma, apa yang penting artis kita haruslah mengambil iktibar atas kesilapan yang pernah dilakukan, bukan mengulangi kesilapan yang sama bukan?

Acara Wed, 25 Jan 2023

Festival Cahaya Israk Mikraj ‘Seimbang’, Lengkap Dengan Segmen Ceramah & Malam Kemuncak Bersama Raihan

Wahh Alhamdulillah 🥰🥰 Mesti menarik ni ☺️ Save the date korang! 18 Feb, dekat Stadium Melawati, Shah Alam ok!

Hiburan Fri, 21 Dec 2018
Hiburan Fri, 6 Sep 2019