Jenazah pelakon Ashraf Sinclair yang meninggal dunia semalam telah selamat dikebumikan di San Diego hill, Karawang, Jawa. Ashraf Sinclair disahkan meninggal akibat serangan jantung pada pagi semalam. Berita kematiannya mendapat liputan meluas dari media Indonesia yang berkampung di kawasan pemakaman Ashraf Sinclair dan setiap saat pemakamannya dirakam.
Ramai netizen yang tidak dapat menahan sebak melihat detik ketika Bunga Citra Lestari dan anaknya mengucapkan selamat tinggal buat kali terakhir kepada jenazah Ashraf.
“Bertabah ya mama”- Noah Sinclair
Menerusi laman media, pelakon Indonesia, Titi Kamal yang juga kenalan rapat pasangan Bunga Citra Lestari dan Ashraf Sinclair sempat memberitahu bahawa beliau berasa terkedu melihat kematangan anak pasangan itu saat beliau terdengar Noah berbisik kepada ibunya untuk bertabah di atas kematian bapanya.
Ketika ditanya media Indonesia, Bunga sempat memberitahu bahawa beliau terkilan kerana semuanya berlaku dengan begitu cepat. Rata-rata netizen turut membanjiri laman Twitter dan meluahkan perasaan sedih apabila melihat detik sayu pengebumian Ashraf Sinclair.
Be strong Bunga and Noah. May Allah ease everything and bless him in Husnul Khotimah.
Al-Fatihah, Ashraf Sinclair (1979-2020) pic.twitter.com/PFW5uSVg4l
— Mer_Maid (@EijaAbadi) February 19, 2020
Ngeliat BCL sama Noah nangis gw ikutan nangis dan nyesek #RIPAshrafSinclair#BCLpic.twitter.com/paBtkmGZQH
— CROCOTWINKLE (@miyaa_kooo) February 18, 2020
Kadang manusia harus sampai kepada titik “KEHILANGAN” untuk mengerti arti sebuah kehadiran, kasih sayang & kesetian.
Bahagia selalu noah & Bunga?? #bclsinclairpic.twitter.com/TmES1Bb9Mt
— Disa (@ar_disaaa) February 19, 2020
Aku sedih betul #AshrafSinclair meninggal ni. Terbayang-bayang perasaan Bunga & Noah time ni ?
Al-Fatihah Ashraf Daniel Bin Mohamad Sinclair ?
Takziah Bunga Citra Lestari, Noah & The Sinclair’s family ?
May Allah give strength to his family. pic.twitter.com/Hs1V471V7f
— Mazy ? (@zeyamasyudi) February 19, 2020
Bunga’s tears after she looked at his husband for the last time ?#AshrafSinclairpic.twitter.com/gUvAoQ4L7E
— ً (@rsecults) February 18, 2020
Tidak ada sesiapa pun dapat membayangkan perasaan berada di tempat mereka. Semoga Bunga Citra Lestari dan keluarga tabah dan sabar menghadapi ujian ini.