Hiburan By: SGMS Faida December 16, 2019 @ 1:25pm

Sertai Misi Kemanusiaan, Ardell Aryana Terbang Ke Syria

Pelakon Ardell Aryana teruja mengumumkan bakal menyertai misi kemanusiaan ke Syria tidak lama lagi.

Ardell ketika ditemui di majlis pembukaan pusat laser bulu, Hairy Mary  memberitahu, penyertaannya kali ini lebih bermakna apabila dapat pergi bersama suami tersayang, Nadzmi Adhwa. 

“Sebelum ini saya pernah menyertai beberapa misi kemanusiaan antaranya di Palu, Indonesia. Cuma saya lebih selesa tidak terlalu berkata tentangnya kerana bimbang dikata menunjuk.

“Bukan hanya di luar negara sahaja malah saya juga pernah turun padang sertai misi bantuan kemanusian di Malaysia juga sebelum ini.

“Misi ini akan bermula pada 8 Januari yang dianjurkan oleh Yayasan Tabung Kebajikan Muslim Malaysia (YDKMM). Insha Allah, saya berharap aktiviti kemasyarakatan begini dapat menjadi ikutan ramai,” katanya kepada Xtra.

Ardell juga diumumkan sebagai ikon misi kemanusiaan YDKMM musim sejuk ke Syria, baru-baru ini.

 
 
 
View this post on Instagram

Warga Syria Memanggil! Mari kita sama-sama bantu ?? lihat wajah dan mata mereka .Bantuan kita dapat meringan kan kesukaran mereka . Musim sejuk sudah tiba di beberapa wilayah di Syria! Kelengkapan musim sejuk seperti baju sejuk, selimut, stoking serta kasut merupakan keperluan yang mendesak buat pelarian Syria saat ini. Mari bersama sama saya dalam misi Kemanusiaan kali ini. Kami akan menjejaki bumi Syria Januari ini membawa kelengkapan musim sejuk dari anda! Bagi yang memiliki baju sejuk/stoking/selimut tebal/sarung tangan dan scarf, boleh temui team YDKMM di Aeon Nilai pada 30/11/2019 ini. Kaunter serahan akan dibuka. Maklumat lanjut boleh rujuk 011-2833 1340 atau hantar ke Pejabat Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia di Seksyen 7 Bangi. Musim sejuk tidak lama lagi semakin teruk! Mereka masih belum mempunyai kasut, baju yang tebal dan pemanas yang mampu bantu mereka melawan kesejukan melampau! Berikan perhatian dan kongsikan rezeki anda walaupun hanya RM 10! Info akaun @ydkmm_official Maybank 550510970142. #wintermissionsyria #pedulisyria #berbagisemangat @ydkmm_official @actionfordisaster.official

A post shared by نور الهداية (@ardellaryana) on

Dalam perkembangan lain, dia juga baru sahaja membuka pusat laser bulu, Hairy Mary yang beroperasi di Publika, Solaris Dutamas.

Perniagaan berkenaan diusahakannya bersama bapa saudaranya, Dr Por Yan Sheng.

Oleh: Fas

 
 
 
View this post on Instagram

Bismillah esok saya akan ada pukul 1 tengah hari di @hairymary.co Publika ?. Alhamdulillah 3rd branch @hairymary.co dekat publika dah 99% siap untuk opening esok ⏳? tapi saya nervous sikit. Esok yang dah dapat / sy terlepas pandang untuk bagi invitationCard , boleh slide left screenshot and datang je esok ye bagi yang nak dapat kan promo Package “ Thor Light laser “ , permanent hair remover @hairymary.co saya . Bayar sekali RM 118 dan dapat laser bulu’s selama setahun 12x ? ( tapi esok dan lusa je untuk yang walk in & register ) promo ni itu je syarat kena walk in kedai , tak boleh booking online untuk promo niheheh ?. Sekali je harga ni tak dapat da datang esokkk ok , lelaki Perempuan boleh .. Daaannn esok ada sikit makan-makan ☺️ pastu goodies bag ? untuk awak semua ❤️ jadi bawak la kawan-kawan ok .

A post shared by نور الهداية (@ardellaryana) on

Semoga terus sukses buat Ardell! 

Oleh: Fas

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 25 Oct 2022

“Tolonglah Cabar Saya” – Taufiq Hanafi Mahu Bawa Watak Berbeza

Meskipun sudah bertapak agak lama didalam industri seni tempatan, pelakon aksi, Taufiq Hanafi, menginginkan satu cabaran untuk membuktikan kepada penonton bahawa dirinya juga merupakan seorang pelakon versatil. Memetik laporan mStar, Taufiq mahu membuang stereotaip yang […]

Hiburan Wed, 12 Apr 2023
Hiburan Mon, 8 Apr 2019

Hebat! Majlis Perkahwinan Pengasas Jamu Mall Dapat Tajaan RM500,000

Selamat Pengantin Baru kepada Siti & Syafiq, semoga kalian berbahagia hingga ke Jannah!

Events Sun, 8 Jul 2018

EXO Brought the Roof Down in Axiata Stadium Last Night

Nothing beats watching our favourite artists live.

Hiburan Wed, 6 Mar 2024
Hiburan Thu, 27 Sep 2018
Featured Thu, 11 May 2023
LIFESTYLE Thu, 25 Apr 2019

Spoil Mum & Dad This Parents’ Day with Classic Time Pieces

They’re gorgeous watches which your parents will absolutely treasure.