Hiburan By: Salma Syahbuddin November 26, 2018 @ 2:42pm

#SFMM33 : Ara Johari Janji Perkara Lama Takkan Berulang

Antara 12 finalis yang bakal membuat persembahan di pentas Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL33) menerusi lagu Bunga, Ara Johari seakan-akan dapat membaca apakah soalan yang bakal diajukan oleh rakan wartawan apabila ramai yang mempertikaikan sejauh manakah kemampuan Ara membawakan lagu Bunga pada malam AJL 33 nanti.

Al-maklumlah, pada AJL32 yang lepas, Ara telah kehilangan suaranya ketika membawakan lagu Warkah Untukku. Namun, untuk AJL33 kali ini, penyanyi yang lahir menerusi program realiti ini berjanji tidak akan mengulangi kesilapannya dahulu.

” In shaa Allah, untuk edisi AJL33, saya akan memberikan penekanan terhadap penjagaan vokal saya. Dan, sentiasa berjaga-jaga dan mendapatkan nasihat doktor.” Katanya.

Ara ketika membuat persembahan pada #SFMM33

Bersyukur apabila lagunya antara yang layak ke pentas AJL33, Ara bagaimanapun hanya mampu memberikan yang terbaik dalam persembahan khas buat peminat-peminatnya.

” Saya bersyukur kerana sekai lagi saya diberikan peluang untuk bersaing di pentas AJL. Kalau dulu saya hanya menyaksikan penyanyi senior seperti Misha Omar, Siti Sarah, Jac dan Siti Nordiana, namun kali ini saya dapat berkongsi pentas bersama mereka.”

“Dan, apa yang saya boleh lakukan adalah memberikan persembahan yang terbaik supaya maksud lagu Bunga itu dapat disampaikan kepada semua” Jelasnya.

Sumber : Instagram @arajohari

Apapun, tahniah diucapkan buat Ara!

Kepada korang yang tertinggal menyaksikan semi final muzik-muzik 33 baru-baru ini, korang boleh nonton menerusi Youtube TV3 MalaysiaOfficial.

Atau, boleh tahu perkembangan tentang #SFMM33 menerusi laman instagram di @tv3malaysia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 24 Mar 2023
Featured Tue, 8 Nov 2022
Featured Mon, 9 May 2022
Hiburan Tue, 27 Mar 2018

Ini Pesan Terakhir Bob Lokman

Sebelum ini, Bob pernah di tahan di UiTM Private Speialist Centre, Sungai Buloh akibat mengalami masalah paru-paru berair dan jantung bengkak pada awal Januari lalu

Featured Wed, 18 Aug 2021

JPJ Tawar Pengurangan Saman 70 Peratus Bermula Hari Ini

Bersempena sambutan Hari Kemerdekaan Negara yang ke-64, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini menawarkan diskaun sebanyak 70% kepada semua saman yang dikeluarkan termasuk yang telah disenarai hitam. Menerusi Facebook rasmi JPJ, diskaun ini dibuat bagi […]

Trending Mon, 25 Apr 2022