Events By: Salma Syahbuddin February 6, 2020 @ 1:35pm

Siapa kata BBNU Tak Boleh Menyanyi? Jom Dengar Lagu Cover Finalis #AJL34 Sure Bikin Korang Cair!

Tinggal tiga hari saja lagi guys!

Kehangatan dan kemeriahan #AJL34 makin terasa, semestinya ianya bukan sahaja dapat dirasai oleh para peminat setia anugerah berprestij itu malah, artis yang tercalon juga pastinya lebih gemuruh terutamanya bagi merebut gelaran juara #AJL34 nanti.

Jadi, jangan risau! Xtra kongsikan kepada anda lagu cover #AJL34 dari BBNU edisi Live Jam yang boleh anda saksikan.

Versi Fahimi  & Mal  ft  Mas Dewangga dan Juara Mentor Milenia, APEX

Episod pertama edisi #LiveJam ini menampilkan #FML bersama juara Mentor Milenia 2019, Apex Tajudin. Mereka membawakan tiga lagu dari finalis #AJL34 dengan susunan muzik fresh dari anak muda berbakat, Mas Dewangga dan Firdaus Rahmat.
 
Selain itu, mereka juga turut menyanyikan lagu dari bekas juara AJL 1986, nyanyian Francissca Peter berjudul Sekadar Di Pinggiran.
 

Versi Fahimi & Mal  ft  Harissa Adlynn

Masih menampilkan penyanyi yang sama seperti episod 1, namun kali ni #FML menampilkan penyanyi muda bernama Harissa Adlynn. 
 
Komposer terkenal,Felix Voon juga tampil menyusun semula muzik sesuai dengan suara mereka. 
 
Menyanyikan lagu bonus juara AJL 1989, Amy Search berjudul Isabella sekaligus menjadikan gabungan ini antara pilihan admin. Amacam?
 

Versi Fahimi & Mal ft Dalia Farhana

Mengetengahkan bakat baru dalam bidang nyanyian, Dalia Farhana tampil mengharmonikan lagi lagu nyanyian tiga finalis #AJL34 kita menerusi lagu, Ragaman, Kisah Cinta Kita dan Sumpah. Susunan muzik semula telah dibuat oleh komposer terkenal iaitu, Adib Hussin.
 
Manakala, lagu bonus diambil dari pemenang AJL 2001 iaitu Yasin Sulaiman menerusi lagu Mimpi Laila. 
 
Apa yang menariknya, video ini telahpun mendapat 503k likes, dan telahpun dikongsi sebanyak 1,611 followers TV3 Malaysia. Cayalah!
 

Versi Fahimi & Mal ft Shahida Supian 

#AJL34 edisi Live Jam episod empat ini menampilkan penyanyi muda, Shahida Supian  dan muzik disusun semula oleh komposer MFMF.
 
Mereka memilih lagu Rampas, Peneman dan Sumpah sebagai lagu cover untuk episod ini. Manakala, lagu bonus diambil dari pemenang AJL 1988, Ramlah Ram, menerusi lagu Kau Kunci Cintaku. 
 
Hurmm, boleh tahan juga kan lagu daripada BBNU ni? Nampaknya suara kesemua penyanyi ini boleh dilayan!
 
Jadi, korang semua jangan lupa untuk likes dan share video ini sambil hangatkan #AJL34 dengan tanda hashtag dilaman sosial korang okay!
 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Tue, 15 Jan 2019

“Saya Doakan Dia Segera Sembuh” Khai Bahar Enggan Perjelas Hubungan Bersama Wany Hasrita

Biarlah Rahsia, Wah! Macam lagu Dato Sri Siti Nurhaliza pulak kan?

Hiburan Mon, 1 Apr 2019
Hiburan Thu, 24 Oct 2019
Featured Mon, 4 Oct 2021

Anak Sulung 4 Tahun Positif Covid-19, Hafizul Kamal Mohon Doa Orang Ramai

Pelakon Hafizul Kamal dan anak sulungnya, Raisya Amanda disahkan positif Covid-19. Hafizul menerusi laman Instagram berkongsi berita itu kepada para pengikutnya. “Kami dua ketul positif Covid-19. Nak lepak gua. Alhamdulillah Sara dan Mieja negatif. “Raisya […]

Hiburan Wed, 13 Mar 2019

萧敬腾「娱乐先生」世界巡演 7 月登入大马

「金曲歌王」萧敬腾确定今年 7 月来马开唱!

Hiburan Thu, 22 Mar 2018

Ude Mohon Bekas Isteri Henti Drama!

Saya tidak mahu bercerita apa masalah kami sejak dua tahun lalu. Ia terlalu peribadi buat saya. Kalau dia nak bercerita, ia terpulang. Apa yang penting saya tidak akan bercakap apa-apa.

Hiburan Sat, 30 Mar 2024

[VIDEO] Mas Idayu Peluk Erat Bella Astillah Sentuh Hati Ramai

Auto sebak juga la tengok Mas Idayu peluk Bella 😢

Hiburan Tue, 22 Oct 2019