Hiburan By: SGMS Faida February 28, 2019 @ 12:50pm

Tiket Terjual Habis, Siti Nurhaliza Terkejut Masih Diterima Ramai

Selepas mengadakan persembahan di Jakarta Indonesia untuk konsert jelajah tiga negara, penyanyi tersohor Dato Seri Siti Nurhaliza Taruddin mengaku terkejut melihat jumlah penonton yang hadir di Istora, Senayan.

Penyanyi berusia 40 tahun ini meluahkan rasa syukur serta terima kasih kepada peminat yang datang dan berjanji menambah baik segala kekurangan di konsert akan datang.

“ Dengan kemunculan ramai artis muda masa kini, saya bersyukur kemunculan saya masih mendapat perhatian di sana.

“ Itu yang membuatkan saya lebih bersemangat untuk beraksi lebih baik di konsert di Singapura (2 Mac) dan Kuala Lumpur (16 Mac) ini.

“ Pihak penganjur dan saya sendiri sudah melihat beberapa kekurangan semasa konsert di Jakarta dan kami akan perbaiki di lokasi seterusnya nanti,” katanya kepada XTRA.

Kata pelantun Bukan Cinta Biasa ini, beliau memaklumkan terdapat sedikit perubahan dalam susunan lagu dan kesan visual berbeza di setiap lokasi konsert.

“ Ada peminat sama yang datang untuk ketiga-tiga konsert jelajah kali ini namun majoritinya adalah peminat yang berbeza.

“ Jadi pihak penganjur memutuskan untuk menampilkan perbezaan dari segi susunan lagu, paparan visual serta busana yang saya pakai.

“ Manakala persamaan untuk ketiga konsert ini adalah penyanyi Tulus akan tetap muncul di semua lokasi konsert jelajah kali ini,” katanya.

Difahamkan, jualan tiket konsert Siti Nurhaliza On Tour 2019 sudah habis dijual. Jangan lupa untuk jumpa penyanyi nombor satu negara ini di Singapura pada 2 Mac dan Kuala Lumpur pada 16 Mac depan!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 28 Apr 2019

Terhutang Budi Dengan IJN, Lana Nodin Nekad Balas Jasa…

Sebanyak RM10 daripada setiap jualan baju raya nanti akan disalurkan kepada Yayasan IJN.

Featured Thu, 19 Jan 2023
Hiburan Sat, 21 Apr 2018

Giliran Asyraf Aley Balas Jasa

Anda (ayah) boleh duduk berehat sekarang kerana sudah tiba masanya saya membalas jasa dengan bekerja.

Hiburan Thu, 21 Feb 2019

‘Di Saat Aku Susah Nak Makan Pun Tak Lepas…’- Sharnaaz Ahmad Respon Mengenai Rantai Emas

Akui bapa kepada bayi comel Jebat Jayden ini, dia faham tentang hukum dalam agama Islam namun memiliki alasan tersendiri memiliki barang kemas untuk simpanan peribadi. 

Hiburan Wed, 7 Feb 2024

Anak-Anak Trauma, Tak Izin Shuhada Kahwin Lagi? – “Memang Ada Yang Mendekati Tapi…”

Inshaa-Allah, jodoh yang baik akan datang pada waktu yang tepat❤️

Hiburan Thu, 2 Nov 2023