Hiburan By: SGMS Enal May 14, 2019 @ 3:41pm

Suami Kantoi Tiga Kali, Bella Astillah Ambil Keputusan Undur Diri

Isteri kepada penyanyi Aliff Aziz, Bella Astillah akhirnya mengambil keputusan mahu hidup bersendiri tanpa suami selepas ini.

Menerusi laman IG hari ini, dia berterima kasih kepada pengikutnya yang banyak memberikan nasihat agar terus kuat sepanjang berdepan krisis rumah tangga sepanjang perkahwinan dia dan Aliff. 

 

“ Ia bukan hal yang mudah tetapi saya tahu niat anda baik. Ada di antara mereka yang menganggap saya bodoh untuk mempertahan rumah tangga kami.

“ Saya mengambil kira banyak aspek termasuk mental dan fizikal sebelum membuat keputusan untuk mengundurkan diri daripada hidup Aliff dalam masa sama saya mahu memperbaiki kehidupan bersama anak,” tulisnya.

Bella turut memohon ruang dan mahu mengambil masa untuk berfikir mengenai isu ini.

“ Saya amat hargai jika orang ramai boleh berhenti menghantar pesanan atau menghubungi mengenai rumah tangga kami,” ujarnya lagi.

Rata-rata pengikut Bella mendoakan agar Bella terus kuat mengharungi ujian lebih-lebih lagi di bulan Ramadan ini.

Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Ayden Adrean, pada 8 Julai 2017.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Hari Ini Mon, 18 May 2020
LIFESTYLE Tue, 15 Jan 2019

6 Kebaikan Jika Makan Rambutan Untuk Kesihatan

Rambutan Mempunyai Khasiat Penting Untuk Kecantikkan Luaran Dan Dalaman Anda

Hiburan Fri, 25 Oct 2019

Turun Lapan Kilogram…Kenapa Dengan Aishah Azman?

Makin meningkat usia, makin cantik Aishah ni kan?