Hiburan By: SGMS Faida February 5, 2019 @ 5:04pm

‘Sufian Dan Elfira Harus Belajar Fahami Takdir’- PU Rahmat Beri Nasihat Lupakan Sengketa

“ Matanglah”, itu antara nasihat yang disampaikan pendakwah terkenal, PU Rahmat berhubung kisah ‘ketegangan’ mengenai persembahan Sufian Suhaimi di Anugerah Juara Lagu 33 dan status Twitter Elfira Loy.

Tidak menyebelahi mana-mana pihak, PU Rahmat berpesan agar dua selebriti ini belajar menerima dan memahami takdir.

“ Kerana pertemuan dan perpisahan mereka, Elfira bertemu jodoh dan Sufian mendapat ilham untuk berkarya,” katanya di laman Twitter.

Persembahan Sufian Suhaimi menerusi lagu Di Matamu mencuri tumpuan netizen apabila dikatakan konsep persembahan berkenaan seolah menyindir bekas tunangnya, Elfira Loy.

Sementara itu, Elfira menerusi Twitternya menulis dia mendoakan agar Sufian memperoleh kejayaan pada malam itu sekaligus turut mengejutkan netizen. 

Dengan berkonsepkan pelamin dengan hiasan bunga serta kerusi pengantin, persembahan Sufian mendapat tepukan gemuruh. Rata-rata penonton tersentuh dengan persembahan itu.

Sementara itu, PU Rahmat turut mengingatkan bahawa setiap kejadian/ keputusan Allah yang baik atau buruk adalah suatu keputusan terbaik. 

Untuk pengikut El atau Sufian, jangan bergaduh lagi ya, matanglah bak kata PU Rahmat!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 9 Sep 2022
Hiburan Thu, 22 Nov 2018

‘Telinga Berdesing Sikitlah Malam Tu Nanti’, Joe Gitaris Janji Persembahan Mantap 9 Disember Ini

Jika korang rindu untuk mendengar petikan gitaris profesional lagenda ini, jom dapatkan tiket di kaunter Hard Rock Cafe dengar harga RM 50.00 sahaja atau menghubungi 03- 2715 5555 (Hard Rock Kuala Lumpur) atau hubungi 019-368 1917 (Zaini) / 012- 394 7872 (Rimi)

Hiburan Mon, 25 Nov 2019

Tiara Tertekan, Harap Puteri Gunung Ledang The Musical (PGL 2020) Dapat Sambutan

Pernah menonton pementasan PGL yang dahulu…set dan lakonan sangat mantap!

Featured Thu, 15 Sep 2022
Kes Mahkamah Mon, 24 Jul 2023
Hiburan Mon, 30 Dec 2019

回忆杀!温拿五虎明年2月再合体登云顶开唱

1970年代香港最具代表性的著名乐队温拿将于2020年2月22日再度回归云顶云星剧场开唱!