Hiburan By: SGMS Enal June 28, 2019 @ 3:58pm

‘Syukur…Isteri Mula Bertudung’- Nabil Ahmad

Pengacara dan pelawak, Nabil Ahmad meminta orang ramai untuk tidak menghakimi niat baik wanita yang berusaha untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik.

Mengulas mengenai keputusan isterinya, Zira Ayub yang kini sudah berhijab, sebagai seorang suami dia sentiasa menyokong apa jua keputusan yang ingin dilakukan oleh ratu hatinya itu.

Selain memberikan kata-kata semangat, dia berharap orang ramai dapat mendoakan supaya Zira sentiasa istiqamah untuk bertudung.

“Alhamdulillah, Zira sudah mula bertudung sekarang ini sejak beberapa minggu lalu. Saya berharap agar kita sama-sama mendoakan dia istiqomah dan dibukakan hati untuk terus bertudung.

“Sebagai suami semestinya saya bersyukur apabila dia mengatakan ingin bertudung dan saya sentiasa akan memberi sokong penuh kepadanya terhadap keputusan yang ingin dilakukan. Malah, saya juga sering memberikan tudung sebagai hadiah untuk memberikan semangat buatnya.

“Cuma kepada semua, sama-sama kita doakan yang terbaik buat mereka yang cuba memperbaiki kelemahan diri. Jangan menghakimi, sebaliknya hargai usaha mereka,” katanya.

Nabil dan Zira mendirikan rumah tangga pada tahun 2011.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Naira Mikayla, Leyla Medyna dan Mishall Imani.

Oleh: Zaara Talita

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 29 Jan 2019

Hadiah Istimewa Buat Semua Peminat Dayang?

Jangan lupa undi finalis AJL33 kora korang menerusi www.xtra.com.my

Hiburan Thu, 13 Jul 2023
Featured Fri, 21 Jan 2022
Hiburan Mon, 4 Dec 2023
Hiburan Mon, 1 Apr 2019

Aman Nassim Pilih Pensyarah Jadi Isteri

Selamat Pengantin Baharu Aman & Baizura!

Hiburan Fri, 9 Feb 2018

T.O.P「恭敬弯腰」服役照曝光 粉丝泪崩:看到笑容了!

韩国偶像团体BIGBANG成员T.O.P(本名崔胜铉)在2017年陷入吸麻风波,相关单位发表惩戒后,在入伍近3个星期,8日终于有他的近况照片流出,他谦虚地将手往前摆,脸上露出微笑,看起来气色非常好,让粉丝泪喊「终于看到笑容了」。

Hiburan Mon, 9 Dec 2019

Bagaikan Kisah Dongeng ‘Snow White’, Majlis Perkahwinan Eizlan Yusof-Tasha Bakal Jadi “Wedding of The Year” 2019

Tak dapat nak membayangkan bagaimana gemilangnya majlis perkahwinan Eizlan Yusof hujung minggu ini. Rasa macam dalam mimpi pulak!

Featured Thu, 6 Oct 2022