Hiburan By: SGMS Faida August 9, 2019 @ 12:18pm

Tahniah…Adira Timang Anak Ketiga!

Penyanyi, Adira Suhaimi selamat melahirkan cahaya mata ketiga sekitar jam 1.20 petang pada Khamis.

Adira atau pemilik nama penuh, Siti Adira Suhaimi, berkongsi bayi perempuan seberat 3.4 kilogram itu dilahirkan menerusi pembedahan.

“Alhamdulillah… Selamat sudah semuanya. Cuma kini saya masih berada dalam keadaan mamai lagi kerana di bawah pengaruh ubat bius selepas pembedahan.

“Mengikut pengiraan, saya dijadualkan bersalin pada 16 Ogos namun dimasukkan ke hospital malam semalam selepas air ketuban pecah.

“Mengenai nama, saya memilih pangkal huruf A sama seperti kakak dan abangnya cuma masih dalam perbincangan lagi. Kadang kala saya secara spontan mendapat idea nama begitu saja,” kata Adira.

Penyanyi yang popular dengan lagu Pujaan Hati itu mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Adnan Abu di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015.

Pasangan itu turut dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Anggrek pada 10 Mac 2017 dan Asan pada 9 September 2018.

Oleh: Zaara Talita

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 4 Nov 2019
Featured Tue, 2 Nov 2021

Selepas Penangguhan Selama Sebulan, DBKL Larang Penjualan Arak Bermula 1 November

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menguatkuasa larangan penjualan arak (liquor) di premis perniagaan seperti kedai ubat Cina, kedai serbaneka dan kedai runcit bermula Isnin, 1 November 2021. Walaubagaimanapun, premis yang berkenaan masih boleh menjual […]

Featured Fri, 4 Nov 2022

Bakal Merebut Kerusi Parlimen Gombak, Azwan Ali Akui Masih Gementar

Pengacara kontroversi, Azwan Ali atau Diva AA disahkan bertanding di kerusi Parlimen Gombak sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Umum Ke-15 nanti. Lebih menarik abangnya juga, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan bertanding di kerusi […]

Hiburan Tue, 27 Nov 2018
Hiburan Fri, 7 Dec 2018
Hiburan Sun, 22 Sep 2019

Hael Husaini Umum Bakal Kahwin!

Wah…Dengan siapa tu?

Hiburan Fri, 27 Dec 2019

Penat Hidup Solo, Penyanyi Dangdut Ini Mohon Jodoh Tahun Depan

Semoga berjumpa lelaki yang tepat ya…

Hiburan Wed, 15 Jan 2020

Bella Hanya Ingin Bahagia…

Pelakon dan penyanyi Bella Astillah mencuri perhatian ramai apabila meluahkan perasaannya menerusi satu ciapan di akaun Twitter miliknya.  Mungkin Bella sedang memikirkan masa depannya apabila melontarkan satu soalan ringkas mengenai kebahagiaan.  “Aku tertanya-tanya, adakah aku […]

Hiburan Sun, 6 Jan 2019