Pelakon Indonesia, Nia Ramadhani sering menjadi perhatian ramai yang mengikuti apa yang dilakukannya di laman sosial. 

Baca: Buah Salak Punya Pasal…Nama Nia Ramadhani Jadi Bualan Netizen

Baca: Nia Ramadhani Tak Tahu Cuci Pinggan Ke?

Baru-baru ini, Nia mengakui kurang selesa dan kepanasan ketika menaiki komuter (KRL) buat pertama kali, dan pengakuan itu telah menjadi buah mulut orang kerana umum tahu Nia hidup dikelilingi kemewahan.

“Apa memang kamu semua tidak berasa panas? Kalau mereka yang mengadu kepanasan, tidak menjadi masalah. Tapi kalau saya yang cakap, terus jadi masalah dan tular (viral),” katanya. 

Pelakon filem seram Suster Ngesot itu menaiki KRL bersama pelakon Jessica Iskandar untuk membuat promosi filem Akhir Kisah Cinta Si Doel, yang juga dihadiri oleh pelakon-pelakon lain yang membintangi filem tersebut. 

Walau apa pun, mata tertumpu kepada Nia dan Jessica yang tetap tampil cantik dan bergaya memakai rekaan pereka fesyen ternama tatkala mempromosikan filem tersebut di stesen KRL Bogor, Jawa Barat. Nia kelihatan sporty memakai seluar camouflage bersama baju tanpa lengan berwarna putih, dan kasut sukan berjenama Louis Vuitton. 

Sumber dan Kredit Foto: liputan6.com