Hiburan By: Del14 December 10, 2019 @ 9:47pm

Tak Puas Bersanding, Che Ta dan Zain Naik Pelamin Lagi?

Bakal meraikan ulang tahun keenam perkahwinan mereka pada 11 Disember nanti, pasangan pelakon popular, Rozita Che Wan dan suami, Zain Saidin akan bersanding di hadapan 100 tetamu di sebuah majlis di Shah Alam, esok. 

“Pada mulanya, kami mahu melakukan sesi fotografi seperti yang lazim dibuat apabila menyambut ulang tahun perkahwinan. 

“Tetapi kali ini, Abu iaitu jurugaya saya, beritahu ada pihak yang mahu menaja pelamin dan premis acara.

“Jadi, sudah alang-alang dapat tajaan, saya mahu anjurkan kenduri.  Saya tak dapat bayangkan bagaimana perasaan bersanding sekali lagi,” kata Rozita kepada BH Online. 

Menurut Che Ta, hanya kenalan rapat termasuk jemputan mereka yang pernah menghadiri majis resepsinya enam tahun lalu, diundang pada majlis yang akan diadakan di Roya Palace, Shah Alam, esok. 

Melihat pada perkahwinan Che Ta dan Zain yang kelihatan aman bahagia walaupun jarak umur mereka yang berbeza 11 tahun, Che Ta tidak menafikan mereka juga seperti pasangan lain yang diuji dalam rumah tangga. 

“Seperti pasangan suami isteri lain, pasti ada ujian yang datang menerjah.  Sedangkan lidah lagi tergigit, inikah pula suami isteri.

“Namun, saya beruntung kerana Zain penyabar berbanding saya.  Kalau saya naik angin, dia lebih ‘cool’. Rumah tangga memang kena ada tolak ansur. 

“Zain akan mengendalikan situasi itu dengan cara sendiri, iaitu duduk semeja dan selesaikan sebaik mungkin. 

“Saya bersyukur suami memahami…Setakat ini, tiada lagilah ‘perang besar’ dan minta dijauhkan semua itu,” kata Che Ta lagi. 

Terdahulu Che Ta mempunyai dua anak lelaki iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezra melalui perkahwinan pertamanya dan bersama Zain, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia 5 tahun. 

 

Kredit Foto: Instagram @rozitachewan1

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 28 Nov 2019

Mengaku Tidak ‘Berdarah Indonesia’, Instagram Agnez Monica Diserang Warganet!

Saya akan selalu jujur dan bersaksi kepada dunia…

Kisah Viral Mon, 17 Jul 2023
Featured Mon, 8 May 2023

Hati Berbolak Balik, Linda Hashim & Beego Tak Jadi Cerai Berkat Bulan Ramadan

Semoga ikatan perkahwinan Beego & Linda kekal hingga akhir hayat

familuv Thu, 2 Feb 2023

Sebak! Akhirnya Bersetuju Pindah Ke Semenanjung, Wawa Zainal Belikan Ibu Bapa Sebuah Rumah

Alhamdulillah. Semoga kita semua dapat membahagiakan ibu bapa kita macam ni

Hiburan Wed, 19 Sep 2018

首要媒体2019年贺岁MV《So Happy》开拍!

距离2019猪年不到5个月的时间,首要媒体已开始筹备贺岁专辑咯!日前八度空间旗下8位艺人难得聚首,进行主题曲《So Happy》MV拍摄。

Hiburan Mon, 19 Dec 2022
Hiburan Mon, 8 Apr 2019

‘Kalau Kurang ‘Pakej’, Jangan Sentap’- Ucapan Azhan Rani Di Pentas DFKL 2019 Tarik Perhatian Ramai

Moga kata-kata ini jadi peringatan buat diri aku sendiri. Umur pun makin tua kot-kot aku cakap harini esok aku lupa tolong luku kepala aku.