Hiburan By: SGMS Faida May 16, 2019 @ 4:40pm

‘Tak Semua Wanita Sabar Macam Bella’-Aliff, Bella Cerai Talak Satu

Selepas melafazkan cerai hari ini, penyanyi Aliff Aziz memohon maaf atas segala perbuatannya yang banyak mengguris hati keluarga terutama isterinya, Bella Astillah.

“ Jujur dari hati saya paling dalam, saya memohon maaf kepada Bella kerana dia banyak berkorban untuk saya dan anak. Segala makan pakai, lahirkan anak dan hal berkaitan kerja, saya mohon maaf kerana apa yang berlaku ada di luar kawalan saya.

“ Beri saya ruang untuk memperbaiki diri. Selebihnya saya serahkan kepada Allah SWT, maafkan kesalahan saya,” katanya dengan linangan air mata.

Tambah Aliff, jujurnya dia masih sayangkan Bella dan anak mereka Ayden Adrean yang kini berusia dua tahun.

“ Tak semua wanita sabar macam Bella. Selagi saya masih hidup, walaupun betapa teruknya perbuatan saya sebelum ini, saya masih ada peluang untuk berubah.

“ Saya tak mahu ulas lebih lanjut mengenai hal ini lagi,” akhirinya yang mahu membina hidup baharu yang lebih baik selepas ini.

Menerusi laman IG Bella, wanita ini berterima-kasih kepada pengikutnya yang tidak putus berdoa untuk dirinya selama ini.

“Alhamdulillah semua di permudahkan tadi. Mungkin sampai sini sahaja jodoh saya dan Aliff. Semoga selepas ini saya dapat menjadi ibu yang baik buat Ayden.

” Terima kasih yang tak putus2 mendoakan saya dan keluarga. Apa yang terjadi adalah takdir Allah s.w.t dan Bella redha. Allah s.w.t knows best,” tulisnya. 

Aliff dan Bella Astillah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur hari ini.

Rumah tangga pasangan ini berdepan masalah selepas kecurangan Aliff mula dibongkar satu persatu sejak kebelakangan ini.- Harian Metro.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 18 Oct 2022

[VIDEO] Akui DSV Ibu Yang Luar Biasa, Cik B Luah Bapa Tidak Pernah Endah Buat Netizen Sebak – “ Sekurangnya Awak Ada…”

Kesian kat Cik B tapi apa pun Cik B sangat bertuah ada ibu yang sangat ‘cool’

Hiburan Mon, 25 Sep 2023
Featured Thu, 2 Mar 2023

Ahli Keluarga Sahkan Nurul Shuhada Cedera Di Muka Akibat Ditumbuk Hafidz Roshdi

Makin melampau pula ek! Min pantang betul lah bab pukul perempuan nih!😡

Hiburan Thu, 19 Dec 2019
Hiburan Mon, 19 Feb 2024
Hiburan Thu, 7 Apr 2022
Hiburan Tue, 13 Nov 2018
Featured Sat, 25 Jun 2022

Disaman A. Aida, Amelia Henderson Pilih Berdiam Diri – “Tunggu Kenyataan Rasmi Saya”

Kita tunggu kenyataan Amelia pulak, mesti ada sebab kan dia buat macam tu!