Selebriti cantik Marsha Aruan bakal mengacara program makan-makan tidak lama lagi.

Jika ada segelintir selebriti yang takut untuk membawa tanggungjawab berkenaan kerana mungkin takut naik berat badan, berlainan pula bagi Marsha.

“Teruja sangat, saya memang suka makan. Saya tak takut gemuk kerana saya aktif bersukan,” katanya kepada media Kompas.com.

Kata Marsha, dengan dirinya yang aktif bersukan dia tidak takut dengan masalah berat badan dan percaya dapat mengekalkan bentuk badan yang ideal.

“Tetapi buat masa ini saya masih sibuk dengan beberapa projek kejutan bulan depan. Belum ada kesempatan bersukan.

“Sejak kecil saya gemar membuat rakan-rakan terliur melihat saya menjamah makanan. 

“Saya suka bawa bekal ke sekolah. Bayangkan, kawan-kawan tidak ke kantin malah seronok (terliur) melihat saya makan,” kata pelakon filem Dread Out ini.

Terbaiklah Marsha, tak sabar nak tengok program itu nanti!