Hiburan By: Del14 January 13, 2020 @ 7:18pm

Takut Terkandas Di Manila, Ruhainies Sanggup Ke Korea?

Pelakon jelita Ruhainies mengakui dia panik apabila penerbangan pulangnya ke Kuala Lumpur malam tadi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Manila dibatalkan akibat letusan gunung berapi Taal awal pagi semalam. 

Ruhainies berada di Manila bagi memenuhi undangan sebagai penyampai trofi pada kemuncak 24th Asian TV Awards yang berlangsung dari 10 hingga 12 Januari lalu bersama pelakon, pelawak dan pengacara, Zizan Razak. 

“Saya sepatutnya menaiki pesawat untuk pulang ke tanah air, jam 9.30 malam tadi.  Namun, ketika berada di ruang menunggu di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino, Manila, kami mendapat maklumat penerbangan dibatalkan. 

“Biarpun ditemani ibu dan bapa, saya agak panik, tambahan pula ia pengalaman pertama berdepan situasi seperti itu.  Tidak lelap mata dibuatnya sejak mendapat tahu berita letusan gunung berapi Taal, kelmarin. 

“Saya hanya memikirkan bagaimana untuk segera pulang ke tanah air kerana sudah mempunyai komitmen kerja yang dipersetujui,” kata Ruhainies kepada BH Online. 

Pemilik nama penuh Nur Farehah Binti Zainul Ilyas itu berkata mereka menunggu di lapangan terbang sehingga jam 2 pagi, sebelum memutuskan untuk kembali ke hotel. 

Namun, dia bersyukur kerana kekasihnya sanggup berusaha untuk mendapatkan maklumat penerbangan lain walaupun terpaksa menaiki pesawat dari lapangan terbang yang berbeza.

“Alhamdulillah, jam 5.30 pagi tadi, kami tiba di Lapangan Antarabangsa Clark yang mengambil masa dua jam perjalanan dari pusat bandar.  Lokasinya juga sedikit jauh dari kawasan berlakunya letusan gunung berapi.

“Biarpun terpaksa mengeluarkan belanja lebih dan perlu terlebih dahulu terbang ke Korea Selatan, saya reda.  Apatah lagi, hanya itu penerbangan paling awal yang ada. 

“Bukan hanya kami, malah penumpang lain turut mengambil langkah sama kerana tidak mahu terkandas lama di lapangan terbang.  Jika tidak, kami terpaksa menunggu beberapa hari lagi,” katanya.

Sekembalinya ke ibu negara, Ruhainies akan memulakan penggambaran filem Seandainya Kau Ada, selain sebuah drama untuk slot Samarinda di TV3.  

Kredit Foto: Instagram @ruhainies7 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 17 Oct 2022

“The Hate Is Real! Aku Mintak Dilayan Ke Dari Kau?” – Caprice Pertahan Pendapat, ‘Kebal’ Dengan Respons Cikgu Fadli

Selepas terpalit dengan isu kontroversi membabitkan kes amang seksual pendakwah selebriti sehingga isterinya turut digelar dengan panggilan kurang sopan, penyanyi rap Caprice sekali lagi diduga dengan isu ‘panas’ membabitkan seorang guru yang dikenali sebagai Cikgu […]

Hiburan Fri, 20 Sep 2019
Hiburan Thu, 21 Mar 2024
Hiburan Tue, 28 May 2019

Bawa Watak Budak Kampung, Haqiem Rusli Sanggup Tanggal Spek Hitam!

Korang dah tengok ke belum iklan ‘Hero Setulus Ikhlas’?

Featured Mon, 27 Mar 2023

[VIDEO] “Orang Pergi Korea Beli Skincare, Dia Beli Ulam!” – Gelagat Noor Nabila & Rosix Curi Perhatian

Kalau Bella dan Rosix dah start gelak dengan min -min sekali gelak dinosour🤣🤣🤣

Featured Fri, 11 Nov 2022
Hiburan Thu, 11 Apr 2019

Jangan Main-Main, Raline Shah Pakar ‘Menembak’ Sekarang!

Raline juga berkongsi pengalaman belajar menembak selama sebulan sehingga berjaya mengawal senjata dan menggunakan senjata M 17 dan M4.