Hiburan By: Syafiqa Irdina February 21, 2020 @ 12:34pm

Takziah, Anak Dayangku Intan Meninggal Dunia

Khabar duka diterima hari ini apabila anak kepada artis era 80-an Dayangku IntanWanku Intan Syarafana Rosman, 23, disahkan telah meninggal dunia 6 pagi, hari ini.

Berita duka itu dimaklumkan oleh suaminya, Rosman Yahil menerusi kiriman aplikasi WhatsApp kepada rakan artis.

“Assalamualaikum. Saya Rosman Yahil beserta isteri Dayangku Intan Tengku Abdul Hamid, ingin memaklumkan bahawa anak perempuan kesayangan kami iaitu Wanku Intan Syarafana Rosman telah pulang ke rahmatullah pada 6 pagi hari ini,” kata Rosman Yahlil.

Jenazah akan disempurnakan di Masjid Wilayah, Jalan Duta dan akan dikebumikan di Bukit Kiara.
 

Anak ketiga kepada pasangan itu dilahirkan tanpa hempedu atau Biliary Artresia dan mempunyai parut di hati. Sepanjang hayat, Wanku Intan terpaksa berulang alik ke hospital sejak kecil untuk menerima rawatan.

Takziah Xtra ucapkan buat keluarga Dayangku Intan.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 25 Aug 2022
Featured Wed, 5 Oct 2022
Hiburan Mon, 4 Nov 2019
Featured Thu, 7 Oct 2021
Featured Mon, 3 Oct 2022

[VIDEO] “Memang Gaya Dia, Bukan Sebab Cerai!” – Noh Salleh ‘Meludah’, Peminat Tepis Dakwaan Negatif

Bak kata netizen, hal peribadi jangan dikaitkan gaiss hihiii. Pahit tak kena ludah Noh? 🤣🤭

Hiburan Thu, 17 Jan 2019

#AJL33: Pertama Kali Beraksi Di Final, Siti Sarah Mengaku Rasa Takut

Kalau ada rezeki, Alhamdulillah. Kalau tiada bermakna saya perlu mencuba lebih baik lagi di masa akan datang…