Hiburan By: SGMS Faida January 6, 2020 @ 12:34pm

Takziah…Ria Irawan Meninggal Dunia

Pelakon Indonesia, Ria Irawan dilaporkan meninggal dunia awal pagi ini.

Berita sedih ini disahkan oleh suami Allahyarham, Mayky Wongkar.

“Ya benar. Meninggal jam 4 subuh,” kata Mayky.

Difahamkan, Arwah Ria menghembuskan nafas terakhir di Hospital Cipto Mangunkusumo, Jakarta Pusat.

Jenazahnya dibawa ke tanah perkuburan di kawasan Lebak Bulus, Jakarta Selatan, untuk dikebumikan.

Pelakon yang terkenal dengan filem Pelangi di Hatiku bertarung dengan penyakit kanser sebelum ini namun pernah sembuh pada tahun 2014 selepas menjalani kimoterapi.

Namun penyakit kanser itu menyerang kembali pada pertengahan 2019 sekaligus membuatkan tubuhnya semakin lemah. 

Untuk rekod, Ria lahir pada 24 Julai 1969 dan pernah merangkul Pelakon Tambahan Terbaik di Festival Film Indonesia 1986 menerusi filem Bila Saatnya Tiba (1985). Filem terakhir lakonannya berjudul Kuambil Lagi Hatiku ditayang pada tahun lalu (2019).- Kompas.com.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 4 Jan 2020

「萨克斯风演奏家」肯尼基216再度吹响云顶!

相隔15个月国际「萨克斯风演奏家」肯尼·基将重返大马舞台,于2月16日吹响云顶云星剧场!

Featured Fri, 10 Feb 2023

Pernah Ditolak Uji Bakat Filem, Alvin Chong Terkilan Gara-Gara…

Ala kenapa tu Alvin…nanti ada la tu rezeki

Events Mon, 10 Sep 2018

Idris Khan Asyik Tunda Je, Bila Nak Kahwin?

Saksikan drama Salon bersama Juliana Farhana pada September ini hanya disaluran ntv7 anda!

Events Thu, 11 Oct 2018

Dora to Explore Resorts World Genting Soon!

Are you ready to shout “Swiper no swiping!”?

Hiburan Fri, 26 Jul 2019

‘Masa Kecil Je Kita Rasa Penat’- Raja Farah Kongsi Pengalaman Asuh Dua Anak

Penat kejap je takpe kan…hasilnya InshaAllah berbaloi!

Featured Mon, 19 Sep 2022
Hiburan Thu, 26 Jul 2018

Mafarikha Beri Inspirasi Kongsi Wajah Dahulu Dan Sekarang

Walaupun zaman sekarang kelihatannya golongan remaja sangat menitikberatkan penampilan sehingga ada yang obses dengan penampilan artis Korea, namun bagi Mafa apa yang penting adalah sentiasa memanfaatkan usia muda mereka.
 

Trending Thu, 17 Aug 2023