Hiburan By: SGMS Enal May 2, 2019 @ 1:10pm

Tangan besi, Penyanyi ‘Black’ tetap bertenaga

Pembedahan memasukkan besi ke dalam tangan kirinya yang patah tidak menghalang Black Hanifah, 31, meneruskan kerjaya seni seperti biasa.

Menurut penyanyi berkenaan, kecederaan dialami akibat kemalangan motosikal di Petaling Jaya, baru-baru ini, tidak meninggalkan kesan teruk dan dia masih boleh menjalani aktiviti seni tanpa banyak masalah.

“Saya juga masih boleh memandu kerana kecederaan hanyalah pada tangan kiri,” katanya kepada BH Online.

Kata Black, dia menunggu selama dua minggu sebelum akur untuk menjalani pembedahan berkenaan.

“Kalau ikutkan, saya harus melakukan pembedahan selepas kemalangan. Tetapi, saya takut apabila mendengar besi perlu dimasukkan ke dalam tangan yang patah.

“Jadi, saya menangguhkan pembedahan selama dua minggu. Namun, saya tewas apabila gagal menahan sakit. Saya kembali ke hospital pada Isnin lalu. Pada malam itu juga pembedahan memasukkan besi perlu dilakukan.

“Saya dibawa ke bilik pembedahan kira-kira jam 10 malam dan ia selesai jam 1 pagi. Inilah pengalaman pertama saya memasuki bilik pembedahan seumur hidup,” katanya yang sebelum itu mendapatkan rawatan tradisional seperti urutan.

Penyanyi yang baru sahaja muncul dengan single Pok Pet itu bersyukur apabila dia dibenarkan pulang ke rumah selepas dua hari pembedahan dilakukan.

“Alhamdulillah, saya sudah pulang ke rumah, Rabu lalu. Tangan saya pula hanya dibalut dan tidak disimen,” katanya yang sempat membantu teman baik, Achey, bertanding dalam pentas akhir Bintang Bersama Bintang 2019, sehari sebelum pembedahan.

Difahamkan, besi terbabit perlu berada di dalam tangannya selama kira-kira setahun.

Oleh : Raja Nurfatimah Mawar Mohamed

Sumber : bharian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 15 Dec 2017

Hadiahkan kawan baik RM 5.3 juta tanda terima kasih

Pemberian saguhati ini sebagai tanda terima kasih kerana membantunya membina karier di Hollywood

Hiburan Wed, 6 Mar 2019

Altimet Angkat Kisah Rapper Dalam ‘Pendekar Pena’

Kata Altimet, Zizi merupakan pilhan yang paling ideal untuk kolaborasi ini.

Hiburan Fri, 30 Nov 2018

Tahniah! Anne Ngasri Timang Anak Kelima

Syukur Alhamdulillah…tahniah buat Datin Anne sekeluarga.

Hiburan Mon, 21 Oct 2019

《环球透视》座谈会!1102深入研究网红的炼精术

八度空间国际时事清谈类节目《环球透视》将在11月2日(星期六),中午1时,在吉隆坡中华中学中华楼三楼大讲堂举行《网红炼精术》座谈会。

Featured Wed, 20 Jul 2022

Siti Nuramira Tidak Didakwa Di Mahkamah Syariah, Dibebaskan Serta Merta Dengan Jaminan JAWI

Difahamkan pendakwaan tidak diteruskan kerana pendakwaan dan hukuman ke atas Siti Nuramira di mahkamah sivil lebih berat daripada di mahkamah syariah.

Featured Thu, 22 Dec 2022

Tidak Mahu Layan Permintaan Individu, Nama Ruhainies Di Senarai Hitam?

Hmm sampai macam tu sekali.. siapa agaknya kan?