Hiburan By: Del14 November 14, 2019 @ 5:58pm

Teguran Berhemah Zul Yahya Mengenai Foto Tular Dipuji Netizen

Terpanggil untuk menegur kedua-dua pelakon di mana foto mereka di dalam aksi yang tidak manis tular minggu lalu, pelakon senior Zul Yahya mengambil peluang untuk berdakwah… bukan sahaja untuk menegur mereka yang terlibat, malah membuka mata penggiat-penggiat seni yang lain supaya menjaga adab ketika mencari rezeki. 

Zul yang menulis kapsyen panjang bagi entri tersebut di akaun instagramnya @zulyahya70 berkata dia juga pernah melalui zaman yang melalaikan tetapi sudah tiba masanya untuk berubah ke arah kebaikan.

“Mencari rezeki jangan diabaikan hak-hak agama..Dulu aku pun pernah melalui kesilapan-kesilapan ini tapi sampai bila kita nak lakukannya sedangkan hari ni ramai manusia berlumba-lumba untuk mendapat kebaikan dan kemanisan agama..

“Kepada adik-adik yang masih diberi peluang untuk berkarya di medan seni, bawalah seni itu dengan adab dan tontonkan kepada mereka bahawa seni itu lebih indah dengan adab..” pesan Zul.

 
 
 
View this post on Instagram

Mencari rezeki jangan diabaikan hak2 agama … Dulu aku pun pernah melalui kesilapan2 ini tapi sampai bila kita nak lakukannya sedangkan hari ini ramai manusia berlumba2 untuk mendapat kebaikkan dan kemanisan agama … Kepada adik2 yg masih diberi peluang untuk berkarya di medan seni bawalah seni itu dengan adab dan tontonkan kepada mereka bahawa seni itu lebih indah dgn adab … Seni itu juga boleh menjadi asbab atau isyarat manusia datang kepada agama .. Sedarlah kita hari ini semakin ramai manusia yg inginkan seni yg penuh dgn adab dan sunnah … Pesanan utk semua yg terlibat didalam bidang seni hiburan tanah air baik didepan layar di belakang atau pun pengemar2 hati2 kerana hari ini semua perkara aib mudah tersebar .. Berkasih sayanglah hanya kerana Allah swt Tingkatkan sunnah… Sunnah bawa kejayaan dunia dan akhirat

A post shared by Zul Yahya (@zulyahya70) on

 

Mengingatkan mereka yang terlibat dalam bidang seni hiburan supaya menjaga tingkah laku dan lebih berhati-hati kerana kini apa sahaja perkara negatif yang dilakukan senang tular dan mendapat perhatian. 

“Pesanan untuk semua yang terlibat di dalam bidang seni hiburan tanah air baik di depan layar atau di belakang atau pun penggemar-penggemar, hati-hati kerana hari ini semua perkara aib mudah tersebar. 

Menjengah ke ruangan komen, wargamaya termasuklah rakan-rakan artis seperti Afdlin Shauki dan Catriona Ross yang menyokong dan menyukai cara teguran dari Zul yang penuh santun dan berhemah. 

Terdahulu pelakon, pelawak dan pengarah yang terkenal dari zaman 90an ini mendirikan rumahtangga  dengan Siti Raihan Mohd Rozi dan dikurniakan 5 orang cahaya mata dan mereka kini mengusahakan restoran berkonsep steamboat/bbq di Ipoh, Perak. 
 
 
Sumber Foto: Instagram @zulyahya70

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 28 Nov 2017

Mommy Mas Idayu Tengking Kak Ros Hingga Terkejut

Kalau peserta siap mental dan fizikal, mereka akan terima dengan hati terbuka untuk kebaikan mereka

Featured Fri, 2 Dec 2022
Hiburan Tue, 29 Jan 2019

Prince Affa Selesa Nyanyi Lagu Ciptaan Bapa Saudara

Dari segi pemilihan lagu, saya suka mendengar lagu-lagu yang dinyanyikan oleh Afgan.

Events Sun, 17 Mar 2019

王力宏相约歌迷唱到2060年!赞大马歌迷最厉害

阔别大马3年多的王力宏依然嘴甜,他说:“我出道20几年,环绕世界不知多少圈,但你们(大马歌迷)最厉害,我真的好想念你们。”

Featured Thu, 17 Nov 2022
Featured Thu, 21 Dec 2023

Kadar Dividen ASB Lebih Tinggi Berbanding Tahun 2022

Berita gembira buat semua pemegang akaun👋👋👋

Hiburan Tue, 29 Oct 2019