Hiburan By: SGMS Faida March 7, 2019 @ 5:39pm

Terkilan Permohonan Ditolak, Man Bai Mahu Sistem Pengurusan Istana Budaya Berubah

Penyanyi Man Bai meluahkan rasa kecewa dengan sikap sesetengah warga kerja Istana Budaya (IB) apabila permohonannya untuk mengadakan persembahan di lokasi berprestij itu ditolak.

Kata Man Bai di sidang media konsert 2V bersama Rahim Maarof di Matic Kuala Lumpur hari ini, beliau menegur cara pengurusan pihak IB ketika menerima proposal pada tahun lalu.

“ Saya ada memohon menghantar proposal untuk membuat persembahan di IB pada 23-24 Disember lalu. Permohonan dihantar beberapa bulan awal sebelum itu. Namun selepas dua minggu menanti, saya masih tidak diberi sebarang jawapan.

“ Disebabkan lewat, saya menghubungi mereka semula. Saya difahamkan ada kekosongan pada tarikh berkenaan. Tetapi permohonan ditolak dan diberitahu ada penyanyi lain yang pernah membuat persembahan di sana beberapa kali beraksi pada tarikh itu,” katanya kepada XTRA.

Difahamkan pada tarikh berkenaan, penyanyi lagenda Datuk Jamal Abdillah dan Datuk M.Nasir mengadakan persembahan di sana bersempena Konsert Duo Lagenda selama empat hari berturut-turut.

“ Jangan salah faham, saya tidak marah dengan penyanyi tetapi pihak pengurusan. Apa yang saya kesalkan adalah saya dan Rahim Maarof langsung tidak pernah diberi kesempatan mengadakan persembahan di sana.

“ Saya sudah 30 tahun berpengalaman di dalam industri seni. Apa salahnya beri peluang kepada anak seni seperti saya untuk mengadakan persembahan di situ.

“ Saya mengikut saluran yang betul dan permohonan juga dihantar lebih awal. Sedikit ralat melihat penyanyi-penyanyi lain boleh membuat persembahan di sana beberapa kali manakala saya belum pernah. Mungkin belum rezeki saya agaknya,” akhirinya.

Ditanya sama ada sekiranya pihak pengurusan Istana Budaya (IB) menawarkan slot untuknya selepas ini, penyanyi Kau Ilhamku ini menegaskan akan menolaknya.

“ Bukan kecil hati tak apalah, saya cuba buat persembahan di tempat lain pula,” jawabnya penuh mendalam.

Man Bai dan Rahim Maarof bakal mengadakan persembahan di Dewan Tunku Abdul Rahman, MaTiC Kuala Lumpur pada 6 April ini.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan yang bakal menggamit memori lama! Tiket boleh dibeli menerusi www.ilassotickets.com.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 5 Jul 2023
Featured Tue, 6 Sep 2022
Featured Fri, 22 Jul 2022

“Seorang Ibu Sanggup Gadai Nyawa, Tapi Kenapa Perlakukan Macam Haiwan?” – Lufya Omar Kecewa Pengasas Kosmetik Tak Berhati Perut

Lufya yang mengenali suspek secara peribadi berkata, dia pernah meluahkan rasa depresi kepadanya. Apapun masalah yang berlaku, nak-anak bukan tempat untuk melepaskan geram..

Featured Mon, 20 Nov 2023
Selebriti Mon, 9 May 2022
Hiburan Fri, 27 Apr 2018

Insiden ‘Ngeri’ Di Lokasi, Puteri Aishah Kongsi Pengalaman Cemas!

Ketika itu saya berada di atas sampan bersama seorang lagi pelakon. Tiba-tiba kami terdengar bunyi pelik (air berkocak) tetapi saya buat macam biasa dan enggan berfikir bukan-bukan!

Hiburan Mon, 25 Dec 2017

KHLOE KARDASHIAN FINALLY ANNOUNCES PREGNANCY!

The TV reality show star has been hiding her baby bump for quite a while now!