Hiburan By: SGMS Faida August 19, 2019 @ 8:00am

Tiada Niat Sorok Majlis…

Mengakui dirinya seorang yang santai, vokalis Kugiran Masdo, Ali Sariah diraikan dalam sebuah majlis perkahwinan secara sederhana, baru-baru ini.

Menurut Ali yang sah bergelar suami kepada Natasha Nurain Mohd Azman pada 9 Ogos lalu, dia tidak berniat untuk merahsiakan perkahwinannya daripada peminat.

“Ini permintaan keluarga kedua-dua belah pihak, isteri juga menginginkan majlis perkahwinan seperti orang biasa. Sama juga saya yang selalu meletakkan diri seperti insan biasa.

“Saya tidak mahu majlis yang diadakan terlalu gah. Lagipun saya seorang yang santai dan tidak suka berlebih-lebih,” katanya kepada Harian Metro. 

Dengan sekali lafaz, Ali sah bergelar suami dalam majlis yang dihadiri 300 tetamu terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara dan teman rapat.

Pada majlis pernikahan itu, Ali menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh manakala mas kahwin sebanyak satu dinar.

Sementara itu, Ali memaklumkan isterinya kini bekerja di Singapura dan menetap di Johor Bahru. 

“Saya dalam perancangan untuk membawa isteri tinggal bersama di Kuala Lumpur pada bulan Oktober ini. Mungkin dia akan bekerja di sini supaya kami tidak perlu tinggal berjauhan lagi.

“Cukuplah tempoh perkenalan selama tiga tahun sebelum ini kami terpaksa bercinta jarak jauh,” katanya yang memilih Pulau Pinang sebagai destinasi berbulan madu minggu depan.

Mengulas detik perkenalan mereka hingga membawa ke jinjang pelamin, Ali berkata, dia mengenali Natasha ketika membuat persembahan untuk sebuah acara di Johor tiga tahun lalu.

“Natasha hadir ditemani rakan, tetapi entah kenapa, dalam ramai-ramai yang hadir mata saya boleh tertumpu kepadanya.

“Nak dijadikan cerita lagi, ketika dia memuat naik gambar kami di Instagram dan ‘tag’ akaun Masdo, saya pula adalah admin Instagram itu. Jadi dari situ bermulalah perkenalan kami,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 17 Aug 2018

Netizen Naik Angin Dengan Vivy Yusuf?

Wanita cantik ini sekali lagi menjadi bualan netizen apabila memuat naik sedutan filem Crazy Rich Asian menerusi Insta Stories.

Featured Sun, 13 Aug 2023
Featured Thu, 1 Dec 2022
Hiburan Mon, 9 Jul 2018

Glamour Punya Pasal, Cinta Zayn Malik Dan Gigi Hadid Dibuat-Buat?

Baru-baru ini, media antarabangsa melaporkan Zayn meninggalkan kediaman Gigi di New York. Tapi bukan bergaduh tau! Difahamkan pasangan ini sempat bercium sebelum penyanyi lelaki itu keluar dari situ. Semoga baik-baik sajalah ya…

Featured Wed, 7 Sep 2022

Jenayah Atau Aib? Peguam Ulas Isu Puteri Balqis – “Kes Boleh Jadi Rumit Sebab…”

Alamak, boleh jadi rumit sebab apa tu? 🤯🥲 Moga semuanya baik baik saja

Hiburan Wed, 14 Mar 2018

Super Junior Hopes For Reunion with All 13 Members

Leader Leeteuk wishes for this to happen ASAP.