Events By: SGMS Fas November 29, 2019 @ 4:14pm

‘Tidak Adil Membuat Tuduhan’ – Neelofa

“Sebagai seorang adik, sudah tentu saya akan sokong berada di samping dia,” demikian kata pengacara terkenal, Neelofa berhubung kemelut rumah tangga kakaknya, Noor Nabila.

Neelofa memberitahu tidak adil sekiranya orang luar menuduh dirinya campur tangan dalam masalah yang melanda Nabila dan suaminya, Sharnaaz Ahmad.

“Tidak adil untuk membuat tuduhan sebegitu. Keluarga pihak sana pun pasti akan bersuara di media sosial, buat benda yang sama jadi tidak adil menuding jari sebelah pihak sahaja.

“Menyokong dan bersuara, jadi pada saya sama sahaja,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media memperkenalkan koleksi kasut kolaborasi bersama jenama Giuseppe Zanotti di Pavilion semalam.

Tambah Neelofa, dia gembira melihat keadaan kakaknya yang bertambah positif walaupun berdepan dengan masalah peribadi.

“Saya gembira untuk dia, saya sayangkan dia dan sangat sayangkan anaknya, Jebat Jayden.

“Keluarga kami memang sangat supportif pada kakak, bukan saya sahaja malah kawan-kawan dan sepupu sentiasa ada untuk dia,” katanya.

Dalam masa sama, dia melihat kakaknya lebih matang dan kuat selepas melalui ujian ini.

“Pengalaman ini membuatkan dia lebih bersedia untuk mempertimbangkan sekiranya bertemu jodoh lain selepas ini.

“Saya lihat dia semakin kuat dan banyak benda dalam menempuh perbicaraan seterusnya berhubung kes penceraian ini,” akhiri Neelofa.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 16 Jan 2019

韓曉噯进军乐坛!写真EP展现极致魅力

「火星女」韓曉噯推出个人写真EP《FREE》进军大马乐坛出道成为歌手,收录全彩写真册为你展示极致魅力!

Hiburan Mon, 7 Jan 2019

Ayuh Dapatkan Tiket AJL 33 Bermula Hari Ini!

Jom layari www.myticket.asia untuk dapatkan tiket menyaksikan AJL ke 33.

Hiburan Tue, 28 Feb 2023
Hiburan Tue, 12 Feb 2019

Suara Dikritik Macam Tercekik Sudu, Ezuwan Ismail Terasa Hati?

Betulke Ezuwan sentap dengan kenyataan seorang pelakon terkenal sebelum ini?

Hiburan Mon, 1 Aug 2022

“Mereka Tak Lokek Pujian” – Saksikan Konsert Michael Buble di UK, Sissy Imann Kongsi Budaya Orang Barat

Sissy Imann sering terima pujian semasa berada di United Kingdom, suka dengan budaya orang barat.

Hiburan Mon, 17 Dec 2018

Kahwin Kali Ketiga, Opick Mohon Doa Peminat

Semoga terus bahagia hingga ke syurga… Insya Allah.

Featured Mon, 15 Aug 2022