Hiburan By: SGMS Faida December 31, 2019 @ 9:00am

Tidak Melancong Ke Luar Negeri, Che Ta Bawa Anak Ke Mana Tahun Ini?

Kebiasaanya, pelakon Rozita Che Wan pasti akan mengambil peluang untuk bercuti ke luar negara pada setiap hujung tahun.

Tetapi pada tahun ini, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta memberitahu tidak merancang untuk melancong ke luar negeri bersama keluarga.

“Bukan tidak mahu tetapi jadual kerja saya agak padat hujung tahun ini. Saya juga akan kembali ke lokasi penggambaran awal tahun depan dan akan terbang ke Uzbekistan Februari nanti.

“Baru-baru ini saya ke Pulau Pinang untuk bercuti dalam masa sama membawa kenalan dari Istanbul mengunjungi beberapa lokasi menarik di sana,” katanya kepada Xtra. 

 
 
 
View this post on Instagram

Bawak kawan jauh mai dr istanbul pekena sup topedo .. @mz_tatli . . #rozitachewan #cheta #rcw #penang #dec2019 . . ? @azmwhb

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on

 
 
 
View this post on Instagram

Ada ni .. tgh dok main panaih . . #rozitachewan #cheta #rcw #penang #dec2019 . @zainsaidin23 @aaisyahdhiarana111 . . ? @azmwhb

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on

Sementara itu, Che Ta juga mengaku mahu fokus dalam bidang perniagaan pada tahun 2020 dan merangka rancangan menerbitkan pelbagai rancangan bermutu di bawa syarikatnya, Padusi Pictures.

“InsyaAllah semua akan ikut seperti perancangan. Selain itu, saya juga sibuk menguruskan perniagaan yang diusahakan secara atas talian.

“Jika tahun ini, saya keluarkan produk bengkung, tahun depan kami akan keluar produk baharu, tunggu dan lihat sahaja nanti,” katanya ketika ditemui di Festival LIFT, Sabtu lalu.

Festival LIFT adalah singkatan bagi ‘Literacy in Fincancial Technology’ atau Literasi Dalam Teknologi Kewangan’ anjuran Kementerian Kewangan Malaysia yang merupakan festival bermatlamatkan pemerkasaan celik kewangan sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk membina masyarakat digital.

Buat julung kalinya diadakan, Festival LIFT yang diadakan pada Sabtu dan Ahad lalu mempamerkan literasi teknologi kewangan pada masa kini dan hadapan di mana ia merupakan kerjasama bersama Bank Negara Malaysia dan industri kewangan di Malaysia. Ia diadakan selaras dengan komitmen Kerajaan ke arah transformasi digital.

Dipersembahkan dalam konsep interaktif dan ‘fun’ dengan persembahan seni dan teknologi, festival berlangsung di tiga lokasi strategik iaitu di Menara Perkeso@Putrajaya, Bangunan Suasana PjH dan Kompleks Kementerian di Putrajaya, menerusi ‘The Showcase, The Market and The Fringe’.

Pada festival itu, pengunjung telah berpeluang melawati ‘Future Pods’, yang merupakan pameran awam mengenai aspek kehidupan masa hadapan bahkan boleh bermesra dengan robot ‘Cruzr’ yang bijak menjawab apa sahaja pertanyaan anda.

“Ini antara tarikan untuk memikat hati kanak-kanak agar minda mereka terbuka kepada dunia digital,” jelas Joe Sidek daripada Joe Sidek Productions Sdn Bhd selaku rakan kolaborasi pihak penganjur. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 18 Jan 2023

[VIDEO] Bekas Peguam Ini Perjelas Legal Taktik Puteri Sarah – “Knowledge Is Power & She Has It”

Perkongsian yang bagus untuk masyarakat di luar sana. 👍👍👍

Hiburan Fri, 22 Feb 2019

’Bukan Minta Puji Sentiasa…’- Izzue Islam Ambil Peluang Jadi Duta DFKL Untuk ‘Basuh’ Netizen

Guna peluang bergelar duta DFKL 2019, apa agaknya rancangan Izzue di program jelajah nanti?

Events Tue, 26 Nov 2019

Penerbit Akui Berdepan Pelbagai Cabaran Terbitkan Sara Sajeeda

Banyak sangat masalah tapi tengoklah result dia kan? Tahniah kepada semua!

Hiburan Fri, 28 Feb 2020

[VIRAL] “Lelaki Dalam Video Lucah Itu Bukan Saya Tapi….” – Ammar Alfian

Semoga dengan penjelasan ini dapat meredakan kontroversi yang melibatkan Ammar ini.

Featured Tue, 1 Aug 2023

Sedihnya! Bell Ngasri Terkilan Trofi Utama ABPBH 35 Bengkok – “Hati Saya Remuk! Tak Tahu Pun Kena Letak Dalam Kotak”

Alahai, sedihnya sedangkan kereta calar sedih, apatah lagi trofi abpbh ni😱😱😱

Featured Wed, 1 Feb 2023

Ditimpa Ujian, Isteri & Anak-Anak Fizo Omar Masuk Hospital Silih Berganti – “Bil Lebih RM30,000 Sebulan…”

Min setuju apa yang Fizo suarakan ini 😌 Demi masa depan keluarga dan anak-anak kannn