Events By: Salma Syahbuddin February 20, 2020 @ 4:42pm

[VIDEO] Alvin Chong ‘Simpan Rahsia’ Emma Maembong Bakal Berkahwin?

Siapa sangka pelakon cantik Emma Maembong akhirnya menamatkan zaman bujangnya bersama jejaka pilihan hati harini. Disatukan dalam majlis yang cukup indah, siapa sangka bekas pengacara I Can See Your Voice 2018 ini antara individu terawal yang tahu Emma Maembong bakal berkahwin.

 
 
 
View this post on Instagram

Finally I don’t have to keep this secret anymore. #EmmaXShazli

A post shared by Alvin Chong (@alvinchong123) on

Lega kerana simpan rahsia terlalu lama

Sumber : Instagram @mahligaicinta

Sebagai seorang kawan yang agak rapat dengan Emma, Alvin tumpang gembira dan bersyukur kerana menurut beliau rahsia yang disimpannya selama ini akhirnya menjadi realiti.

 

” Syukur akhirnya apa yang dirancang menjadi kenyataan. Saya sangat gembira kerana sudah lama saya simpan rahsia ini. 

“Saya doakan perkahwinan Emma kekal bahagia. Semoga Emma dan pasangan cepat-cepat dikurniakan cahaya mata dan jadikan saya bapa angkat,” katanya.

Alvin juga sempat berkongsi bahawa agak ramai rakan artis ataupun rakan-rakan terdekat yang cuba ‘korek’ tarikh dan bila agaknya Emma akan berkahwin. 

Emma, selamat diijabkabulkan pada jam 11.15 pagi tadi dengan hanya sekali lafaz dan sah bergelar isteri kepada seorang juruterbang, Muhammad Shazli Azhar, 32 pada majlis tertutup yang berlangsung di Bukit Damansara.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 20 Mar 2023
Hiburan Mon, 27 Aug 2018

Nazim Othman Dilamun Cinta?

Rata-rata memberikan komen gembira sekiranya Nazim benar-benar sudah berpunya. Tidak kurang juga yang mendoakan agar Nazim bahagia dengan cinta barunya.

Hiburan Wed, 5 Apr 2023
Featured Thu, 10 Nov 2022
Featured Tue, 15 Aug 2023

“Bazir Masa Nak Fikir Pasal Cinta, Yeah Aku Sakit!” – Muat Naik Video Di IG, Mimi Lana Cetus Spekulasi

Pelakon Mimi Lana sekali lagi mencuri tumpuan selepas memuat naik hantaran di Instagram Story (IGS) miliknya seolah-olah memberikan gambaran mengenai perasaannya pada ketika ini. Menerusi hantaran tersebut, Mimi kelihatan sedang duduk di atas katil sambil […]

Featured Tue, 24 May 2022