Pecah rekod okay!

Selepas menyaksikan pertemuan semula antara Erra Fazira dan Yusry Abdul Halim dalam episod keenam #ICSYVMY3 pada 22 Mac lalu, siapa sangka episod tersebut telah memecah rekod kadar tontonan TV secara purata sejak ICSYVMY Musim 3 disiarkan.

Malah, jumlah penonton secara purata yang dicatatkan pada episod 6 ialah 3.8 juta penonton dan syer penonton sebanyak 43.6%. Iaitu mencecah 5.5 juta penonton ketika bersiaran pada hari tersebut. Manakala, jumlah tontonan digital di laman YouTube @TV3MALAYSIA pula mencatat 3.62 juta tontonan!

Sumber : xtra.com.my

Dalam episod ke-6 #ICSYVMY3 ini, Erra Fazira sudah melakukan kesilapan pertama apabila beliau menyingkirkan seorang penyanyi sebenar, pegawai eksekutif sumber manusia (Muhd Adli Hanafi) yang bersuara lunak pada pusingan pertama ini.

Sumber : xtra.com.my

Manakala, di pusingan kedua pula, kesemua panel turut sebulat suara dengan pilihan Erra Fazira untuk menyingkirkan penyanyi misteri kedua iaitu seorang petugas khidmat pelanggan ‘online shopping’ (Nur Atiqah Wahhida Haslan). Jihan Muse juga mengatakan bahawa cara Atiqah memegang mikrofon tidak betul semasa ‘lip sync ’.

Sumber : xtra.com.my

Sayangnya, Erra Fazira tersilap lagi kerana Atiqah ialah penyanyi sebenar. Mereka bernasib baik kerana penyingkiran penyanyi misteri seterusnya iaitu penyelia kilang (Amirul Azhar bin Abu Bakar) adalah betul. 

Di pusingan ketiga, Jihan Muse nampaknya begitu yakin bahawa penyanyi misteri keempat, seorang kadet bomba (Muhd Fadlin Hakimi) ialah seorang penyanyi sebenar kerana maklumat tambahan lagu Rahsia Pohon ‘Camera’  sangat sesuai dengan penampilan penyanyi misteri itu. Walaupun begitu, Erra Fazira membuat keputusan untuk menyingkirkan penyanyi misteri tersebut. 

Sumber : xtra.com.my

Memasuki pusingan terakhir, penyanyi misteri ketiga, seorang konduktor koir (Amierah Hashima) telah disingkirkan walaupun majoriti penonton dan panel penyiasat memilih dia sebagai penyanyi sebenar. Sekali lagi, Erra Fazira membuat kesilapan kerana ternyata penyanyi misteri  itu ialah penyanyi sebenar. Amierah terharu dan menangis kerana dapat membuat persembahan di pentas penentuan tersebut.

Sumber : xtra.com.my

Akhirnya, pilihan duet Erra Fazira ialah seorang peniaga sushi buatan sendiri (Wan Nurin Nadhirah). Rupa-rupanya dia seorang penyamar bersuara sumbang yang sangat meyakinkan sehingga kesemua panel penyiasat tertipu. Secara automatik, Nurin berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000. 

Sumber : xtra.com.my

Maka, tidak hairanlah sekiranya episod kali ini berjaya memecah rekod #ICSYVMY3 kerana peserta dan rakan artis yang turut membantu menjayakan episod kali ini pun tidak kurang hebatnya.

Apapun, jangan lupa saksikan #ICSYVMY3 pada setiap hari Ahad dari jam 9.00 sehingga 10.30 malam di TV3 dan boleh strim dalam definisi tinggi di laman sesawang www.tonton.com.my . Siaran ulangan juga dapat ditonton menerusi TV9 pada setiap Sabtu, pukul 9.00 malam.