Panas!

Viral di laman media sosial baru-baru ini apabila penyanyi Naim Daniel  bertindak memuat naik sebuah foto Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai teaser lagu terbaharunya bersama Ismail Izzani sempena COVID-19.

Lagu hasil cetusan Ismail Izzani tersebut merupakan salah satu Pengumuman Khidmat Masyarakat (PSA).

Namun begitu, foto teaser yang dimuat naik di Instagram oleh pemilik lagu Sumpah itu ternyata telah mencetuskan kontroversi dan mengecewakan banyak pihak.

Walau bagaimanapun, Naim menyedari kesalahannya dan telah pun tampil memohon maaf secara terbuka menerusi sebuah video di Instagram miliknya kerana tidak sensitif terhadap tindakan yang dilakukan.

 

“Hari ini saya nak bercakap fasal lagu baru saya dengan Ismail mengenai Covid-19 dan artwork cover lagu yang menggunakan photoshop Agong. Saya tahu ia isu yang sangat sensitif dan sepatutnya saya peka dengan perkara itu. Saya di sini ingin memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak.Saya minta maaf sangat atas kesalahan itu. Perkara itu tidak akan berulang lagi. Saya sepatutnya lebih peka,” kata Naim di Instagram.

 

 

Namun, video permohonan maaf terbabit telah dipadamkan sejurus mendapat kritikan hebat daripada netizen. Video tersebut juga telah menerima 60 ribu tontonan sejak dimuat naik pada 22 Mac yang lepas.

 

Sumber: Youtube Ismail Izzani

 

Apa-apa pun semoga tindakan yang dilakukan oleh kedua-dua artis ini dijadikan iktibar buat semua ya. Peace!