Hiburan By: SGMS Faida April 8, 2019 @ 10:32am

Walau Berdua, Projek Lagu Baru Kool Masih On!

Kumpulan Kool yang pernah popular sekitar tahun 90-an dulu bakal tampil dengan single terbaharu berjudul ‘Ingat’ tidak lama lagi.

Namun begitu, kumpulan yang asalnya memiliki empat orang anggota akan tampil berdua sahaja untuk projek terbaharu ini.

“ Walaupun hanya saya (Riot) dan Hairi yang terlibat, projek lagu baru tetap jalan. Single terbaharu berjudul Ingat ini berkemungkinan akan berada di pasaran selepas Raya Aidilfitri nanti.

“ Ini kerana banyak lagu baharu sedang diputarkan di radio, kami beri laluan kepada penyanyi lain dulu. Kami juga sudah siap merakam sebuah lagu berjudul ‘Terkunci Mulut’ sempena Aidilfitri ini’,” kata Riot kepada XTRA.

Jelas Riot, single keluaran Sony Music yang mendapat sentuhan komposer Helen Yap ini mengekalkan imej seperti dahulu tetapi berkonsep lebih matang.

Dalam perkembangan lain, Kool bakal mengadakan sebuah showcase Up Close & Personal di Golden Palace, Restoran DSaji Titiwangsa pada 25 April ini.

“ Untuk peminat yang rindukan Kool, jom datang saksikan persembahan kami nanti. Kami akan nyanyikan lagu-lagu lama yang bakal membuatkan anda teringat zaman muda dahulu,” katanya.

Kumpulan Kool merupakan singkatan kepada ‘Kami Orang-Orang Lama’ asalnya dianggotai oleh lima orang iaitu Jay, Hairie, Pat, Riot dan Zack.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 30 Aug 2023
Hiburan Wed, 2 Jan 2019

‘Good Luck, Elfira’- Sufian Suhaimi

Tiada apa yang ingin saya katakan sebab kami sudah lama meneruskan kehidupan masing-masing.

Hiburan Tue, 6 Nov 2018

邓紫棋登NASA唱中文歌!集邮「超强大咖」网跪了

邓紫棋受邀登上NASA表演,在拥有「科学界奥斯卡」之称的美国科学突破奖颁奖典礼上,献唱中文歌曲《光年之外》,一展铁肺好歌喉。

Hiburan Sun, 17 Dec 2017

Elak bercinta sesama artis, Amira pilih lelaki biasa

Amira, seboleh-bolehnya dia mahukan jejaka yang bukan dalam lapangan sama.

Hiburan Sun, 23 Dec 2018

‘Cepat Pulang, Sayang…’ Posting Vokalis Seventeen Buat Netizen Sebak

Hantaran itu mengundang simpati sebilangan besar pengikut Ifan di Instagram yang menitipkan pesan agar terus tabah dengan ujian berat ini. 

Hiburan Mon, 19 Nov 2018

Tujuh Tahun Bersama, Forteen Terkejut Dengan Tindakan Izzue Islam

Kami akan bergerak bertiga… Sebelum ini, kami memang bertiga dan tak mustahil akan tambah ahli di masa depan…