Hiburan By: SGMS Faida June 20, 2019 @ 8:59pm

‘Wanita Tipu Isteri Itu Bukan Skandal Saya’- Fauzi Nawawi

Aktor, Fauzi Nawawi menafikan wanita yang dicari oleh isterinya, Lisdawati di laman sosial mempunyai hubungan intim dengan dirinya.

Katanya, segelintir pihak membuat spekulasi apabila isteri memuat naik gambar dan butiran mengenai wanita berkenaan hari ini.

“Menerusi ruangan komen, dapat dilihat ramai yang menganggap perkongsian yang dibuat oleh isteri kerana skandal saya dan sebagainya gara-gara kontroversi sebelum ini. Walhal, saya tiada kaitan kerana Lisda yang terbabit dengan sindiket penipuan.

“Saya tidak terbabit dengan wanita bernama Nurul Ashikin Aided, sebaliknya dia kehendaki kerana menipu sejumlah besar wang simpanan Lisda. Kami mempunyai salinan kad pengenalan, butir peribadi dan beberapa gambarnya untuk diberikan kepada polis namun memberi dia masa untuk menyerah diri secara baik.

“Jika diikutkan hati, memang saya ingin terus membuat tindakan undang-undang namun mengenangkan anak-anak wanita terbabit yang masih kecil, membuatkan kami memberikannya masa untuk tampil meminta maaf dan memulangkan wang diambil,”katanya kepada Xtra.

Terdahulu, Lisdawati meminta pertolongan pengikutnya di laman sosial Instagram untuk mencari seorang wanita bernama Nurul Ashikin Aided dan berkongsi butiran wanita terbabit menerusi entri yang sama.

Fauzi mendirikan rumah tangga dengan Lisdawati pada 9 September 2007 selepas beberapa tahun menjalin hubungan cinta.

“Isteri saya gemar membantu orang, apatah lagi apabila wanita terbabit membawa anak-anak ke rumah. Malah, dia juga tinggal berhampiran kawasan perumahan itu juga, jadi tidak sangka pula ia adalah sindiket penipuan wang.

“Kejadian berlaku sekitar 11 bulan lalu ketika isteri sedang sarat hamil. Wanita berkenaan lenyap selepas beberapa bulan mendiamkan diri dan tidak lagi tinggal di kawasan perumahan ini,” katanya lagi.

Oleh: Zaara Talita

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 30 Aug 2022

Digelar S*ndal, Pengemis & Sengaja Jual Badan, Puteri Balqis ‘Sarkastik’ Bidas Netizen Puaka

Teruk betul komen komen yang Puteri Balqis terima, tapi setiap jawapan dibalas padu penuh sarkastik! Yang berani komen macam macam tu, jangan nangis tepi bucu katil sudahh la ya 🤭

Featured Thu, 21 Sep 2023
Hiburan Sun, 6 Jan 2019
Trending Fri, 5 Aug 2022
Hiburan Sun, 15 Jul 2018

Mikayla Delisha Hakim Nama Puteri Norman & Memey

Memey Suhaiza telah selamat melahirkan anak ketiga mereka secara normal dengan berat 3.35 kilogram

Hiburan Fri, 24 Nov 2023
Trending Mon, 1 Aug 2022

“Tinggal Barang Hantaran” – Menjelang Detik Bahagia, Mas Idayu Nikah 16 September?

Mas Idayu hampir siap persiapan dan bakal nikah bulan September.