Hiburan By: SGMS Faida March 14, 2018 @ 5:45am

Zayn Malik Kembali Solo

Selepas dua tahun berpacaran, pasangan sensasi Zayn Malik dan supermodel, Gigi Hadid mengumumkan perpisahan mereka. Alahai, sedihnya…

Pengumuman yang dibuat menerusi laman Twitter kedua selebriti popular ini.

Malik, bekas anggota kumpulan penyanyi Britain, One Direction, dan Hadid, model bagi Victoria’s Secret, Fendi dan Tommy Hilfiger, tidak memberikan punca perpisahan mereka.

Malik, 25, menulis di Twitter memberitahu beliau dan Hadid ‘menjalin hubungan yang kukuh, bermakna dan menyeronokkan’ dan mengagumi model itu sebagai ‘wanita dan rakan’.

Dalam masa sama, Hadid, 22, menerusi laman Twitter menyatakan kenyataan mengenai perpisahan dilihat sebagai tidak bersifat peribadi.

Beliau berharap Malik terus berjaya pada masa depan, berkata beliau gembira dengan cinta, masa dan pengajaran hidup yang dikongsinya dengan penyanyi yang digelar ‘Z’ itu.

Kedua-duanya mula menjalin hubungan pada lewat 2015 dan menjadi antara pasangan selebriti paling diburu media selepas tampil bersama dalam video muzik romantik Malik, ‘Pillowtalk’ pada Januari 2016.

Mereka mempamerkan hubungan kepada umum dengan hadir bersama di majlis Met Gala pada Mei 2016 dan dirakamkan bersama sebagai muka depan majalah Vogue pada Ogos 2017. – Reuters

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 2 Aug 2018

Tahniah! Mawar Rashid Kini Hamil Dua Bulan

Mawar Rashid mengumumkan berita gembira tersebut menerusi laman instagram beliau semalam

Hiburan Mon, 25 Sep 2023

Buah Tangan Baru Syafiq Abdilah, Suara Hidup Diinspirasikan Oleh OST K-Drama

Wahh sedapnya suara Syafiq Abdilah.. Korang kena dengar lagu Suara Hidup memang best!

Hiburan Mon, 5 Sep 2022

Netizen Kecam Penampilan Masya Masyitah Tunjuk Leher

Alamak! Lebihan Shawl tu nak simpan buat apa dik?

Hiburan Tue, 22 Jan 2019

SYABAS! Helmi Gimmick Terima Anugerah Doktor Kehormat

Alhamdulillah, Tahniah Helmi Gimmick!

Hiburan Sat, 29 Sep 2018

Lepas Aliff Syukri Nyanyi Nasyid, Sajat Pula Nak Bina Masjid

Alhamdulillah, semoga masjid yang dibina ini mampu menyucikan hati-hati netizen diluar sana