Hiburan By: SGMS Fas August 12, 2019 @ 11:51am

Zizan Razak ‘Kaki Bunga’ Ke… Siapa Pengirimnya?

Pengacara terkenal, Neelofa mengucapkan terima kasih kepada pelawak dan pelakon Zizan Razak yang menghulurkan bantuan, baru-baru ini.

Di sebalik kebimbangan Neelofa ketika berdepan masalah visa tempoh hari, Zizan tampil memberi bantuan dengan memperkenalkan beberapa individu di kedutaan Arab Saudi kepada Neelofa.

Sebagai tanda ucap terima kasih, Neelofa telah menghadiahkan sejambak bunga.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kerana membantu sewaktu saya memerlukan bantuan dan memperkenalkan saya kepada beberapa individu dari kedutaan Arab Saudi.

“Bantuan anda sangat saya hargai dan ia tak mungkin terlaksana tanpa pertolongan ikhlas anda. Terima kasih,” tulis Neelofa di atas sekeping kad.

Zizan turut berkongsi gambar bunga serta kad ucapan pemberian Neelofa di Instagram Stories miliknya pada Jumaat lalu.

Terdahulu, Neelofa mendedahkan perjalanannya untuk menunaikan ibadah haji bersama jemaah lain tergendala selama dua hari kerana berdepan masalah visa. Dia dan keluarga sepatutnya berangkat menunaikan ibadah haji pada 4 Ogos lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 25 Oct 2018

WOW! ‘ Baby One More Time’ Rai Ulang Tahun Ke 20

Korang masih ingat tak sekitar tahun 1998, lagu ‘Baby One More Time’ memang cukup digilai. Memang lain macam beb!

Featured Sat, 16 Apr 2022
Featured Thu, 2 Jun 2022

“Tiba-Tiba Pakai Nama Zikir, Dah La Free Hair…” – Shiha Zikir Sedih Nama Arwah Ayah Jadi Bahan Jenaka

Pasal nama pun nak jadi isu netizen ni 🤦‍♀️ Korang pernah kena judge tak sebab nama?

Hiburan Thu, 4 Jan 2024
Hiburan Tue, 28 Nov 2017

Nak Tenung Muka Siapa Hingga Tertidur

Nak Tenung Muka Siapa Hingga Tertidur tu Fathia Latiff, habis Twitter di share pada semua

Hiburan Sat, 17 Feb 2018

MIRA FILZAH MERAJUK?

“Saya hanya ingin memberitahu anda bahawa saya mengambil rehat dari media sosial, jadi tidak hairan jika mengapa tidak ada sebarang kemas kini daripada saya. Itu sahaja.”

Hiburan Thu, 5 Apr 2018

Sebak! Ini Luahan Bakal Isteri Emy Buat Arwah

Melihat kepada keadaan Cathy, ramai rakan-rakan dan ahli keluarga terdekat meminta agar Cathy melalui dugaan ini dengan sabar dan redha dengan setiap ketentuan ilahi diatas pemergian Allahyarham