Contest By: Salma Syahbuddin September 17, 2019 @ 10:00am

Calit, Si Cilik Calit! Kembali Dan InI 5 Sebab Kenapa Korang Wajib Tonton Episod Kali Ini!

Kali ini Calit, Si Cilik Calit! kembali lagi tahun ini. Bersama Nippon Rangers pastinya adik-adik tak sabar kan apa agaknya yang bakal si cilik ini buat!

Opss! Kali ni Nippon Rangers akan tampil dengan edisi spesial iaitu, Edisi Selebriti! Kalau nak tahu macam mana agaknya edisi selebriti kita kali ini, let’s check this out!

     1. Nippon Rangers Masih Sama Tapi, Lebih Profesional !

Eh, siapa kata Nippon Rangers kita bertukar, takdelah. Untuk edisi selebriti kali ni, Nippon Rangers masih mengekalkan Gen, Mia dan Adam! So,adik-adik kat rumah tu jangan risau okay! 

Dari pengalaman musim lepas, Nippon Rangers kita kali ini akan kembali dengan lebih banyak pengetahuan dan lebih professional untuk idea ubahsuai yang lebih menarik!

Mereka akan sama-sama berkerjasama dengan Nippon Paint, pakar cat Nippon Paint dan dibantu oleh  interior designer untuk dapatkan pelbagai lagi tips mengecat bilik si cilik!

Bukan itu sahaja, Nippon Rangers juga melakukan aktiviti DIY yang mudah dan senang untuk dilakukan bersama-sama selebriti kita nanti!

     2. Nippon Rangers Akan Bertemu Selebriti Dan Anak Cilik Mereka!

Musim ini, Nippon Rangers kita akan make over bilik mereka yang bertuah! Haa, kalau nak tahu siapa agaknya yang bertuah tu korang kenalah tengok Calit, Si Cilik Calit!

Make Over adalah berdasarkan kepada mood yang pastinya sesuai mengikut kesesuaian bilik. Sebagai contoh, untuk play room, kepelbagaian warna tertutamanya warna bertona lembut sangat sesuai utnuk tumbesaran kanak-kanak.

Manakala bagi bilik kanak-kanak perempuan, cat boleh digunakan secara kreatif untuk menghasilkan tema yang berlainan ataupun konsep yang lebih menarik dalam ruang bilik mereka.

Bukan itu sahaja, Nippon Rangers juga akan menemui para selebriti kita dan make over bilik anak mereka berdasarkan barang atau karakter kegemaran Si Cilik nanti! Malah, mereka juga berpeluang untuk memilih warna yang sesuai mengikut citarasa mereka.

Wow! Macam mana agaknya decoration yang Nippon Rangers akan buat nanti kan?

     3. Nippon Rangers Bantu Eratkan Hubungan Keluarga Selebriti!

Untuk musim ini, Calit, Si Cilik Calit! Edisi Selebriti akan menampilkan pasangan selebriti bersama anak mereka. Dan, ini secara tidak langsung membantu selebriti kita untuk meluangkan masa dan mencipta momen bersama keluarga mereka. Al-maklumlah, selebriti ni kan selalu sibuk dengan kerja. Jadi kali ini, NP Rangers tampil membawa mereka untuk sama-sama terlibat dalam mengubahsuai bilik anak mereka. Tak sabar rasanya nak tengok selebriti kita ni beraksi kan? Apalah agaknya DIY yang diorang akan lakukan sesuai untuk anak mereka.

Untuk episod pertama edisi selebriti kali ni, Calit, Si Cilik Calit! Akan menampilkan pelakon Nad Zainal bersama suami dan anaknya, Fahad Ibrahim Muhammad Faliq atau lebih mesra dengan panggilan Yem.

Dengar cerita, Yem ada asthma? Macam mana agaknya, Nippon Rangers kita berdepan dengan cabaran untuk make over bilik Yem nanti kan? Hurmm, tak sabarnyaaaaa!

Selain Nad Zainal, selebriti yang akan terlibat dalam edisi selebriti ialah, Haziq Hussni, Mawar Rashid, Ezzaty Abdullah, Nana Mahazan dan Black Hanifah bersama-sama anak mereka!

Sumber : Instagram @black.hanifah

Selebriti yang terpilih juga akan berkongsi sedikit momen dan pengalaman mereka bersama anak-anak tentang beberapa perkara do’s and don’ts yang korang pun tak pernah tahu! So, stay tuned!

     4. Korang Boleh Dapatkan Tips Mudah Dari Nippon Rangers!

Bagi korang yang sentiasa bersama Nippon Rangers, korang bolehlah dapatkan tips-tips mudah dan senang untuk diaplikasikan semasa mengecat rumah. Contohnya, apakah cat yang patut digunakan terlebih dahulu sebelum mengecat rumah mengikut warna kegemaran masing-masing, atau, bagaimanakah agaknya cara yang mudah untuk menghias bilik, atau cara melukis kartun mahupun karakter yang disukai dan bagaimanakah agaknya memilih warna yang sesuai untuk setiap bilik yang ingin di make over!

     5. Ada Lebih Banyak Idea Dari Nippon Rangers Kita?

Pada musim kali ini, pereka dalaman akan memberikan tips dan idea bagi  menerangkan apakah warna yang sesuai untuk digunakan pada dinding rumah atau bilik mereka yang bertuah nanti. Hurmm, sesuailah buat pasangan yang mempunyai pengalaman anak mereka suka menconteng dinding kan?

Jadi, bagi mereka yang takde idea untuk mengubahsuai bilik tidur anak-anak tu, bolehlah menonton Calit, Si Cilik Calit! Edisi Selebriti  sebab, macam-macam idea dan tips & trick akan dikongsikan dari Nippon Rangers kita! So, korang kenalah tunggu!

Opss! Ini berita baik buat korang yang menonton Calit, Si Cilik Calit! Edisi Selebriti. Korang  berpeluang untuk menang hadiah eksklusif dari pihak Nippon Paint dengan menjawab soalan yang telah disediakan! Jadi tunggu apa lagi! Jom! tengok Calit, Si Cilik Calit! Edisi Selebriti bersama Nippon Paint bermula pada 3 September ini, setiap hari Selasa, jam 9.50 malam okay!

Tahukah Anda?

Nippon Paint telah melancarkan Child Wellness Range untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih selamat dan lebih baik untuk kanak-kanak dengan tiga fungsi utama iaitu ;

  • Menyegarkan kualiti udara dalam rumah dengan Active Carbon Technology atau teknologi anti-formaldehid bagi memastikan cat dinding selamat untuk pernafasan kanak-kanak
  • Selamat untuk disentuh dengan Silver Ion Teknology yang boleh menghapus dan menghentikan pembiakan virus dan bakteria pada dinding
  • Galakkan Kreativiti untuk si manja dengan anti-stain teknologi yang mempunyai daya tahan basuhan tinggi terutamanyakesan conteng pada dinding daripada kanak-kanak

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman sesawang Nippon Paint di nipponpaint.com.my/childwellness

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Sun, 23 Jun 2019

“Masuk ICU, Baru Tahu Ada Jangkitan Kuman (ANEC)”

Seorang pengguna Facebook, Siti Hajjar Hassan mengimbau kembali memori bersama anaknya, Nur Ain Aqilah, 3,  yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada Ramadhan tahun lalu. Subuh pada 5 Ramadhan 1439H kakak terjaga dari tidur dengan muka ketakutan […]

LIFESTYLE Sat, 17 Mar 2018

一周至少做两次恶梦?可能你「创造力」比较厉害!

很多人都做过恶梦,梦见上班迟到、被人追杀、从高处坠落等,像亲身经历一般的场景在眼前闪过,紧张、恐慌、冷汗随着恶梦而来。不过,曾经有研究指出,做恶梦不全是坏处,经常做恶梦的人跟那些睡得安稳的人比起来,会更有创造力。

Events Fri, 1 Nov 2019

Debaran Makin Terasa, Jangan Lupa Tonton ASK 2019 Malam Ini!

Jangan lupa ‘melekat’ di depan kaca televisyen menyaksikan malam kemuncak Anugerah Skrin 2019 yang bersiaran di Tv3 bermula jam 9 malam ini. Tengok jangan tak tengok ok! 

Featured Wed, 11 Jan 2023
LIFESTYLE Wed, 29 Aug 2018

你是会为了爱情奋不顾身的人吗?

谈恋爱时每个人都不一样,有的人平淡如水,有的人为了另一半放弃全世界,今天就奥斯一起来看看,你恋爱时有多投入?

Hiburan Tue, 5 Jun 2018

Ini Waktu Terbaik Untuk Saya Muhasabah Diri

Syafiq ketika ditemui di tayang eksklusif Pelangi Cinta di Pavilion menganggap ada hikmah di sebalik dugaan yang melanda dirinya.

Featured Tue, 5 Sep 2023
Trending Wed, 22 Jun 2022

“Saya Dalam Proses Selesaikan Masalah Rumah Tangga” – Syamsul Yusof Bakal Dedah Perkara Sebenar

Syamsul bakal mendedahkan perkara sebenar, mahu selesaikan kemelut rumah tangga.

Hiburan Wed, 19 Sep 2018

中马携手合作《中国原创音乐大赛》推广原创原唱

Musicpreneur Malaysia 踏入新的里程碑,为学音乐和做音乐的孩子提供海外平台,与电视节目《中国原创音乐大赛》携手合作,推广创作人的歌曲同时候也培训新生代歌手。