Contest By: Salma Syahbuddin October 24, 2018 @ 7:05pm

#JommenangXtra : Menang VIP Tiket Dan Rasai Ketakutan Sempena Halloween Ini Hanya Di Resort World Of Genting!

Rasai pengalaman menyeronokkan dan nantikan hari yang penuh mendebarkan apabila korang bertemu dengan zombie yang bakal menghantui malam-malam korang Oktober ini!

Bagi menghangatkan suasana malam Halloween korang, Resort World Of Genting telah berbesar hati dengan memberikan korang peluang untuk memenangi tiket percuma istimewa tahun ini.

Kepada korang yang inginkan cabaran apa kata, korang ke Outbreak Zombie untuk membuat cabaran Treasure Hunt yang paling istimewa. Kenapa? Kerana, tidak akan ada tempat yang paling menarik untuk korang lawati di Resort World Of Genting kerana, korang sendiri perlu mencari jalan keluar di dalam gudang terbengkalai ini kerana zombie pastinya akan menunggu daging segar dari tubuh manusia.

Namun, sekiranya korang menganggap Outbreak Zombie itu tidak mencapai tahap ketakutan korang, apakata korang melawat sendiri lokasi yang pastinya mengumpul barang-barang pelik di Ripleys Believe It Or Not! Kerana disini, pihak Resort World of Genting telah mengumpul lebih 400 koleksi menakutkan termasuklah gigi tukang gunting yang berusia lebih dari 1800 tahun.

Sumber : Goggle

Malah, korang juga boleh melawat skyAvenue dimana korang boleh meneroka satu kawasan tanah rata dimana korang sendiri boleh melihat sekumpulan dinosaur di Pusat Penyelidikan Jurassic Park. Bukan itu sahaja, korang juga boleh ke Muzium Alive yang pastinya akan membuatkan korang terpegun dengan setiap lukisan tangan yang dihasilkan oleh pelukis yang berasal dari Korea Selatan.

Sumber : Goggle

Bukan itu sahaja, pengembaraan yang pastinya dipenuhi dengan salji juga turut menanti pemenang. Snow World merupakan antara wonderland yang terbesar di Malaysia. 

Sumber : Google

Wow! Semestinya ini adalah pengalaman yang paling menarik apabila pihak Resort World Of Genting turut memberikan pengalaman indah yang pastinya tidak dapat dilupakan oleh pengunjungnya kerana, korang sendiri berpeluang untuk merasai perjalanan yang indah di Awana Skyway untuk menikmati pemandangan 360 darjah dengan diselaputi hutan hujan berusia hampir 130 juta tahun.

Sumber : Google

Jadi apa tunggu lagi, 6 pemenang bertuah bakal menerima hadiah bernilai lebih RM336 daripada Resort Worls Of Genting! 

  • 2 VIP Pass
  • 1 Voucer Makan Daripada JR Curry House 
  • 2 tiket Masuk Ke Snow World, Genting Highlands
  • 2 tiket masuk ke SkyWay Glass Floor Gondola

Menarikkan? So, jangan lepaskan peluang untuk menangi hadiah menarik berikut dengan menjawab soalan mudah yang telah disediakan dengan hanya klik disini.

Kepada semua pemenang korang boleh lah mengambil tiket di Pondok Pengawal Sri Pentas TV3, Bandar Utama, Petaling Jaya pada 5th November hingga 9 November, 2018 pada jam, 10 pagi sehingga 5 petang.

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Salma ditalian  01160909253 sebelum mengambil tiket anda.

Sekiranya pemenang di atas tidak mengambil tiket seperti yang dijadualkan, tiket korang akan diberikan kepada pemenang yang akan dipilih secara rawak.

Dan, pemenang yang mahu mengambil tiket haruslah menunjukkan kad pengenalan sebagai bukti penyertaan korang adalah sah. Kepada sesiapa yang mahu mengambil tiket bagi pihak kawan-kawan, keluarga, dan lain-lain, korang mestilah menunjukkan kad pengenalan korang beserta salinan kad pengenalan individu terbabit.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Contest Fri, 12 Aug 2022

Rebut Gelaran ‘Terpaling Juara’, Penyanyi Otai Dan Bintang Baharu Bakal Bersaing Di Satu Pentas

Siapa bakal menjadi Terpaling Juara? Korang rasa penyanyi otai atau bintang baharu?

Featured Tue, 30 Aug 2022
Hiburan Tue, 2 Oct 2018

Did You Know About Seo In Guk’s Birth Secret?

He found out the same day everyone else did.

Drama Tue, 19 Mar 2024
Hiburan Sun, 24 Nov 2019

Muka Sweet Tapi Fify Azmi Suka Gaduh?

Dah tengok Wira ke belum??