Hiburan By: Del14 October 17, 2019 @ 2:12pm

“Saya Akan ‘Stay’ Sini 28 Hari..” – Kaka Azraff Tak Mahu Pantang Di Rumah

Kalau kebanyakan ibu baru bersalin berpantang di rumah, berbeza pula dengan penyanyi Bukan Hal Aku ini.

“Saya akan ‘stay’ di sini 28 hari. Nak tengok rutin harian, boleh tengok di IG Story saya ya?” kata Kaka Azraff yang memilih berpantang selama 28 hari di sebuah pusat khidmat penjagaan, di sini.

Menurut anak saudara Ratu Rock Ella ini, dia memilih untuk berpantang di sini sebab mahu mendapatkan penjagaan berpantang yang terbaik untuk diri sendiri dan anak.

“Selalunya kita dengar ibu baru bersalin berpantang di rumah dan ada kala bidan khusus datang memantau, tapi saya teringin untuk rasai sendiri pengalaman berpantang di sini,” katanya turut ditemani suami selama 28 hari di situ.

Kaka yang baru melahirkan bayi lelaki seberat 2.7 Kilogram pada 11 Oktober lalu, dia dan suami, Adam Azriff menamakan anak sulung mereka Aslan Adam.

Kaka dan Adam mendirikan rumah tangga pada 14 Disember tahun lalu.

View this post on Instagram

Berpantang sudah bermula. And i choose @lycmotherchild utk berpantang with @tanameraofficial @tanamera_wellness_centre . Confinement centre. They will take care of me and my baby. Tanamera akan jaga all my pantang. Dari urut, spa, sauna , basuh rambut mcm2 lah. Dekat sini ada doctor , ada midwife, ada nurses , ada classes mcm yoga, class baby first aid and mcm2 lagi. Bukan dimanjakan semata-mata but diaorg akan ajar everything. So bila balik nanti takde lah blur nak handle baby. Im gonna stay here for 28days. So kalau nak tengok my daily routine, tengok instastory ok? I will update everything there setiap hari ? #pantang #confinementcentre #motherandchildcenter #lycconfinementcenter

A post shared by K A K A A Z R A F F (@kakaazraff) on

Oleh: Guy Masaki

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Tue, 20 Feb 2024
Hiburan Mon, 31 Dec 2018

Kongsi Video Dengan Jururawat, Pelakon Drama NUR Dikecam Netizen?

Salah ke saya nak ucapkan terima kasih? Hanya itu saja yang mampu saya buat.

Hiburan Mon, 29 Oct 2018

Tahniah! Tauke Timang Anak Ketujuh

Comelnya anak Tauke Jambu, macam papa atau mama dia ni? Hehe. Tahniah Tauke & Nadia!

Events Mon, 1 Apr 2019
Featured Tue, 12 Oct 2021
Hiburan Tue, 26 Dec 2017

EVERYTHING YOU NEED TO KNOW ABOUT ASIA’S GOT TALENT WINNER ‘THE SACRED RIANA’

The Sacred Riana was crowned Season 2 winner of Asia’s Got Talent earlier this month! Check out these fun facts about her.