Setelah empat buah siri  filem Rambo dihasilkan, kini Rambo: The Last Blood merupakan hadiah terakhir Sylvester Stallone untuk peminatnya! Memang legend!

Rambo: Last Blood mengisahkan tentang Rambo, seorang veteran dalam Perang Vietnam, perlu berhadapan dengan kartel dadah daripada Mexico yang menculik anak saudaranya.

 

Enggan terjebak dengan dunia peperangan, Rambo terpaksa akur kerana  beliau sendiri sukar untuk menolak daripada membantu mereka yang memerlukan pertolongannya.

 

Nah, ini dia sebab kenapa Sylvester Stallone tak mahu jadi Superman? 

  1. Filem Stallone sentiasa box office!

Mesti korang terkejut kan, bila dapat tahu yang Sylvester Stallone sebenarnya pernah ditawarkan untuk memegang watak Superman pada tahun 1978. Tetapi Stallone menolak tawaran tersebut dan watak Superman terpaksa diserahkan kepada pelakon Christopher Reeves.

Bagaimanapun  keputusan menolak tawaran dari DC Comics tersebut sedikit pun tidak menjejaskan kariernya. Lihat sahaja prestasi Stallone yang sering masuk ke panggung box office selama lima dekad berturut-turut! Dahsyat!

 

 

 

 

     2.Barisan Pelakon Dan Watak

Barisan pelakon yang beraksi dalam filem ini bukan calang-calang tau! Sylvester Stallone sudah pasti mengekalkan watak legendnya iaitu sebagai John J. Rambo, seorang veteran Perang Vietnam. Selain Stallone,  Paz Vega melakonkan watak Carmen Delgado, Sergio Peris Mencheta sebagai Hugo Martinez, Adriana Barraza sebagai Maria Beltran dan Yvette Monreal sebagai Gabrielle. 

Paz Vega

 

Adriana Barraza

 

     3. Rambo Dengan Rambut Pendek

Ha, ini lagi satu perkara yang korang perlu tahu. Dalam filem Rambo:The Last Blood kali ini,  buat pertama kalinya Rambo tampil dengan style berambut pendek! Ikonik sangat kan ? Al-maklumlah,  daripada siri filem Rambo yang pertama hingga keempat, Rambo menggayakan rambut panjang bukan?  So, ini adalah watak pertama Stallone dengan berambut pendek. 

 

 

     4. Plot 

Plot dalam Rambo: Last Blood sebenarnya dihasilkan untuk filem Rambo pada tahun 2008, namun telahpun ditukar. Sebahagian plot itu kemudian digunakan dalam filem Homefront (2013) lakonan bersama Jason Statham.

Plot filem ini juga mudah difahami sebab memang straight forward dan tidak bersangkut paut dengan penceritaan filem Rambo yang terdahulu.

     5. Durasi Filem

Korang jangan terkejut sebab filem Rambo: The Last Bloood kali ini hanya berdurasi 89 minit! Dan, ini adalah filem Rambo yang paling pendek dalam kesemua siri filem tersebut.

     6. Klasifikasi Filem

Filem Rambo: Last Blood ini diklasifikasikan sebagai filem 18SG  kerana filem  ini mengandungi  adegan-adegan ganas dan seram namun, tidak keterlaluan! 

Buat korang yang berumur 18 tahun ke atas bolehlah pergi tengok filem ini okey! 

     7. Serius lah! Rambo Akan Ada Lagi Lepasni?

Pada tahun 2018, Stallone pernah memberitahu bahawa, filem ini akan  menjadi filem terakhir Rambo. Menurutnya watak legend tersebut akhirnya akan berehat seperti yang diinginkannya.

Bagaimanapun, semasa Festival Filem Cannes pada tahun 2019, Stallone mengatakan beliau akan meneruskan watak Rambo sekiranya filem Rambo : The last Blood ini berjaya di pasaran!

So, nantikan okay!

Ditulis Oleh: Dina Azmi