Hiburan By: Salma Syahbuddin January 11, 2018 @ 5:34am

AIMAN TINO DIIKTIRAF MALAYSIAN BOOK OF RECORDS?

Walaupun dilabel sebagai ‘budak- budak baru nak up’ namun Aiman Tino menganggap bahawa itu semua pengalaman sebagai seorang anak seni. Baginya, apa yang boleh dibanggakan adalah lagu berjudul Ku Rela Dibenci ciptaan kedua ibu bapanya itu telah pun diiktiraf sebagai lagu yang paling banyak tontonan menerusi laman Youtube.

“Tak sangka dan terkejut apabila dimaklumkan lagu tersebut tersenarai sebagai lagu paling banyak tontonan. Lagu itu sendiri sangat bermakna dalam hidup saya kerana di situlah bermulanya karier saya sebagai penyanyi”

Sumber : instagram @Official_aimantino

Aiman turut memberitahu majlis penyerahan sijil penghargaan tersebut akan diadakan pada 16 Januari ini di salah sebuah hotel di ibu kota. 

Aiman juga turut menyatakan rasa terima kasih beliau kepada para peminat dan juga pendengar setia lagu tersebut kerana tidak putus-putus memberikan sokongan. Walaupun lagu tersebut pada mulanya mendapat kecaman daripada pelbagai pihak, namun itu sekaligus menyumbang kepada peratusan jumlah tontonan sehingga lagu Ku Rela Dibenci ini mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records dengan jumlah tontonan sebanyak 43 juta.

“Saya ingin berterima kasih kepada penonton di seluruh dunia yang telah menonton muzik video tersebut di Youtube. Walaupun awalnya dulu ada yang mengecam lagu Ku Rela Dibenci, saya tak boleh nafikan mereka turut menyumbangkan kepada jumlah tontonan.”

Sumber : @Official_aimantino

Bercakap mengenai karier nya pula, Aiman kini busy dengan promosi lagu lagu terbarunya berjudul Terasa Cinta duet bersama kakak nya, Farah Hezel. Dan, beliau bakal mengeluarkan minuman kesihatan di bawah jenama Jus Manno dalam masa yang terdekat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 25 Mar 2024
Trending Hari Ini Tue, 7 Jul 2020

YDP Agong Jadi Responden Pertama Banci 2020

Sama sama kita doakan kejayaan Banci 2020 kali ini!

Hiburan Tue, 5 Nov 2019
Featured Thu, 14 Dec 2023
LIFESTYLE Wed, 14 Feb 2018

INI MUNGKIN IDEA VALENTINE UNTUK SI DIA

Kami kongsikan serba sedikit idea untuk kamu berikan pada yang tersayang. Pastinya si dia tersenyum lebar sepanjang hari…

Hiburan Sun, 29 Dec 2019

Meriahnya Persandingan Ala Bollywood Farah Nabilah Dan Amirul!

Wah! Cantiknya Farah macam Deepika Padukone!

Hiburan Tue, 10 Apr 2018

Rebecca Nur Islam Dikecam Netizen!

Ini gara-gara Datin Rebecca memegang lengan usahawan yang digelar ‘Datuk Terlajak Laris” iaitu Datuk Seri Aliff Syukri

Featured Thu, 23 Jun 2022