Trending By: Aisyah Badrul March 23, 2020 @ 1:59pm

“Aku Dah Penat Dengan Semua Ni!,”- Difitnah Selepas Umum Penceraian, Alha Alfa Luah Perasaan Di Instagram

SELEPAS mengumumkan status perkahwinannya kepada umum, Datuk Alha Alfa menerima kritikan yang pelbagai daripada netizen dan ada yang beranggapan bahawa jurusolek terkenal itu sengaja membuka aib bekas isterinya, Noor Azlin,24.

Menurut Alha,31, dia tidak kisah menerima kecaman dan kutukan daripada mana-mana pihak kerana dia sudah tidak mampu lagi menanggung perkara ini seorang diri. Alha juga bertindak meluah perasaan sedih dan kecewanya menerusi Insta Stories dan menganggap orang lain hanya melihat keburukan sehingga segala kebaikan yang dilakukannya selama ini tidak dihargai. 

Ujar Alfa menerusi posting tersebut, dia tidak sangka perkerjaan yang dilakukannya sebagai mata pencarian utama dianggap sebagai satu perkara yang salah oleh sesetengah pihak. 

“Sorrylah..kalau nak kata aku buka aib pun lantak pi lah. Aku dah penat dengan semua ni. Kenapa aku je yang kena hadap semua ni?,”

“Tak nampak langsung ke kebaikan yang pernah aku buat? jahat ke apa yang aku buat selam ni? Kenapa? Kenapa orang yang aku sayang sanggup menipu?,” 

“Sanggup nak jatuhkan maruah aku dekat orang? Sanggup nak malukan aku pada semua orang?,”

Terdahulu, Alha Alfa telah mengumumkan penceraiannya kepada umum dan mengakui tiada lagi persefahaman antara dia dan bekas isteri. Menerusi pengakuan yang dimuatnaik di laman Instagram miliknya, sikap bekas isteri yang kuat cemburu dan tidak memahami kesibukkannya sebagai jurusolek menjadi punca perpisahan mereka. 

Alha juga menceritakan bekas isteri sering mengugut untuk mencederakan dirinya dan jurusolek terkemuka itu menunjukkan kesan luka di badannya akibat menahan perbuatan bekas isterinya itu. Dia juga mendedahkan sepanjang 6 bulan tempoh perkahwinan mereka, Noor Azlin pernah hamil namun mengalami keguguran baru-baru ini.

Namun posting itu telah dipadam dengan alasan supaya bekas isterinya dapat meneruskan kehidupan tanpa diganggu orang luar. 

Sementara itu, bekas isteri Datuk Alha Alfa, Noor Azlin bertindak menafikan dakwaan bahawa dirinya pernah hamil dan mengalami keguguran menrusi komen balas di akaun Instagram miliknya. 

Baru-baru ini Alha telah memuatnaik satu posting terbaru dan video lagu nyanyiannya sempena perkahwinannya pada September lalu. 

Alha dan Norazlin telah mendirikan rumahtangga pada 28 September lalu di Taiping,Perak dan perkahwinan mereka hanya bertahan selama 6 bulan. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 1 Aug 2019

这些都是鬼节「你可以」做的事!

农历七月,是民间俗称「鬼门关」大开的日子!到底农历七月有哪些是你可以做的事?

Konsert Mon, 9 Oct 2023
Trending Fri, 30 Aug 2019

Harga Minyak RON97 Turun, RON95 Dan Diesel Kekal

Harga runcit produk petroleum bagi tempoh 31 Ogos sehingga 6 September 2019 kekal.

Featured Sat, 18 Apr 2020