Hiburan By: SGMS Enal March 1, 2019 @ 6:01pm

Aliff Syukri Tak Sempat Hadiahkan Banglo Pada Arwah Bapa

Takziah buat Datuk Aliff Syukri di atas pemergian bapanya yang meninggal dunia pada Selasa lalu. Dalam pada itu, Aliff meluahkan rasa terkilan kerana hasratnya untuk menghadiahkan sebuah banglo untuk arwah bapanya itu tidak kesampaian.

Menurut Aliff, beliau merancang untuk membeli rumah lebih selesa buat bapanya dan pernah mempelawa arwah bapanya untuk tinggal di bandar namun sering ditolak memandangkan bapanya itu lebih selesa tinggal di kampung bagi membesarkan tiga adik tiri Aliff yang masih bersekolah.

Aliff memberitahu beliau akan memegang amanah arwah bapanya untuk menjaga tiga adik tirinya. Katanya lagi, beliau meluahkan rasa syukur segala urusan dipermudahkan dan hasrat bapanya untuk dikebumikan di kampung ditunaikan.

“Saya berazam, macam mana pun demi abah dan agama, saya akan bantu persekolahan adik tiri.

“Selain itu, hasrat abah untuk dikebumikan di kampung tertunai dan bersyukur perjalanan terakhir abah dimudahkan Allah,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 6 Nov 2023
Hiburan Sun, 28 Jul 2019
Hiburan Mon, 24 Jun 2019

Rumah Tangga Fizo Omar- Mawar Bergolak?

Kita doakan yang baik-baik untuk pasangan ini ok!

Hiburan Fri, 16 Dec 2022

Hannah Yeoh Tak Ambil Hati Netizen Edit Gambar Jadi Meme Kelakar – “Kami Sporting, Kreativiti Luar Biasa”

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh membuat lawatan ke Stadium Nasional Bukit Jalil, baru-baru ini. Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Hannah di Twitter, dia bersama Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim […]

Hiburan Tue, 19 Dec 2023
Hiburan Wed, 10 May 2023
Hiburan Fri, 6 Mar 2020

Selepas Setahun Tangguh, Kisah Cinta Akim Dan Stacy Diabadikan Menerusi Single Duet “Aku Kau Dan Muzik”

Walaupun berbeza aliran dan fahaman muzik, siapa sangka pasangan cantik Stacy dan Akim berjaya menempatkan diri bukan sahaja sebagai pasangan duet serasi sekali gus mencipta magis tersendiri! Terbaharu, single duet mereka, Aku Kau Dan Muzik Lagu […]