Hiburan By: Salma Syahbuddin November 20, 2017 @ 6:50am

APA LAGI NI KAMAL ADLI?

Selepas isu putus dengan kekasihnya, Emma Maembong. Kali ni timbul pula isu salam cium tangan antara Kamal dan juga Emma. Hurmmm..Dah berbaik ke? Ini antara spekulasi yang sedang rancak diperkatakan didada-dada akhbar sejak beberapa hari ini. Apa cer sebenarnya kisah mereka?

Gambar salam cium tangan menarik perhatian netizen

Selepas Kamal memenangi pertandingan dalam satu rancangan realiti tv, ramai peminat dan pihak wartawan yang mendoakan agar perhubungan mereka segera dipercepatkan. Yelah… duit tu pun dah cukup untuk menampung majlis mereka kan? Namun, menurut Kamal itu bukan sebab utama yang perlu dilaksanakan selepas menjuarai program tersebut.

Menjawab persoalan mengenai isu cium tangan, Kamal mengakui dia dan Emma sudah berbaik semula. Baginya, dia memahami kenapa Emma mengeluarkan kenyataan yang mengangap hubungan mereka sudah putus. Bagi Kamal apa yang penting sekarang ini, hubungan mereka baik – baik sahaja.

Hubungan yang sudah mencecah usia 4 tahun itu bukanlah suatu tempoh yang singkat,dan Kamal juga mengakui bahawa dia mahu berkahwin dan berkeluarga. Namun, walaupun sudah cukup bersedia dengan segala komitmen, Kamal mengakui bahawa ada beberapa sebab yang menghalangnya untuk meneruskan niat tersebut. Baginya, biarlah halangan itu hanya dia sahaja yang tahu dan bukan untuk dikongsi bersama public.

“Hubungan kami dah empat tahun dan saya sudah bersedia untuk memberi komitmen perkahwinan, begitu juga dengan keluarga saya yang sudah memberi restu. Tetapi ada halangan yang wujud. Saya tak boleh beritahu kerana orang luar tak akan faham malah tak tahu apa yang saya rasa.
Siapa yang tak mahu berkahwin dan berkeluarga? Kepada Emma, ada jodoh kita kahwin. Itu sahaja yang boleh saya katakan.”

Apabila diajukan soalan mengenai Zahirah McWilson dan isu Emma dikaitkan dengan seorang lelaki berpangkat Datuk. Kamal enggan mengulas dengan lebih lanjut.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Mon, 7 Jan 2019

BLACKPINK Terus Mendominasi Dunia Hiburan

Ddu-Du-Ddu-Du, Oh yeah! oh, yeah! Haaa.. kepada semua peminat BLACKPINK nantikan berita terbaru mengenai mereka hanya di xtra.com.my

Events Mon, 19 Nov 2018

ZafigoX: A Platform for and Powered by Women Travellers

Founded by Daton Paduka Marina Mahatir to help women travel better.

Featured Wed, 10 May 2023
Featured Wed, 7 Sep 2022

Justin Bieber Batal Konsert Jelajah Dunia

Semoga cepat sembuh Justin! Jangan sedih-sedih tau semua.

Hiburan Wed, 15 May 2019

Penat Dengan Makian Netizen, Aliff Syukri Ajar Perbezaan Dengan Aliff Aziz

Aliff Syukri memohon netizen agar tidak terus mencaci penyanyi itu malah mendoakan yang baik

FESYEN Wed, 28 Feb 2018

Wow…Ayunya Bila Dua Lipa Berhijab

Penyanyi popular dengan lagu Scared To Be Lonely yang ketika ini dalam siri konsert jelajahnya sempat berkunjung ke beberapa lokasi menarik di sana.