Sebuah filem komedi yang pernah mencetuskan kontroversi  kini bakal ditayangkan pada 28 Februari 2019. Setelah hampir 5 tahun penantian, Banglasia 2.0 akhirnya bakal menemui penonton di pawagam tidak lama lagi. 

Banglasia 2.0 menarik perhatian seluruh dunia apabila tayangan filem ini diadakan di New York Asian Film Festival dan the Osaka International Film Festival serta the Singapore International Film Festival namun masih belum pernah ditayangkan di negara Malaysia sendiri. 

“Perasaan saya pastinya bercampur baur, ada rasa sedih kerana saya tidak dapat membawa keseluruhan jalan cerita asal filem ini kepada penonton tetapi pada masa yang sama saya turut gembira. Selepas penantian selama 5 tahun akhirnya berbaloi dan saya menghormati keputusan pihak LPF dan sangat berterima kasih” ujar Namawee, pengarah filem ini. 

“Sama seperti hasil karya filem Namawee sebelum ini iaitu  Nasi Lemak 2.0 dan Hantu Gangster. Filem ini masih menyampaikan mesej positif kepada penonton iaitu  perasaan saling hormat- menghormati dan tolak ansur menjadi asas utama dalam mengekalkan keharmonian hidup dalam negara yang berbilang kaum”, ujar produser, Fred Chong.

 

Trivia Filem Banglasia 2.0 :

  • Filem ini merupakan filem komedi yang berkisarkan kehidupan rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yang menentang pencerobohan asing  dengan bantuan pekerja warga Bangladesh.
  •  Namawee, Nirab Hossain, Saiful Apek, Shashi Tharan,Datuk David Arumugam,Jack Lim, Raja Ilya, serta pelakon Singapura iaitu Atikah Shuhaime dan Lao Za Bor merupakan teraju utama filem ini
  • WebTVAsia dan  mm2 Entertainment merupakan penerbit utama Banglasia 2.0
  • Tajuk asal filem ini iaitu Banglasia 2014 telah diban oleh LPF malah lebih 20 adegan dalam filem ini juga dipotong
  • Beberapa adegan baru ditonjolkan yang seperti Pilihan Raya Umum untuk menambah konsep relevan jalan cerita