Hiburan By: SGMS Fas March 21, 2018 @ 2:13am

‘Berjanggut’ tunggu Zul Ariffin!

Melihat kepada gambar pelakon berbadan sasa, Zul Ariffin, 31, (di atas)  berbanding di bawah sudah tentu korang dapat lihat perbezaan wajahnya kan!

OMG! Penama Zulkifli Ariffin ini sudah berjanggut! Dah kenapa?

Gambar terbaharu Zul Ariffin ketika ditemui baru-baru ini.

Zul kan selalu dilihat sebagai seorang aktor kacak yang bak kata orang putih  a clean shave guy.

Jangan buat andaian tau, Zul Ariffin bukan ‘makan hati’ atau ‘sakit’ mahu pun terkesan dengan beberapa isu melibatkan dirinya bersama bapa mertua ‘kekasihnya’.

Beliau berjanggut gara-gara persiapan untuk sebuah filem bergenre ‘MMA’ atau  ‘Mixed Martial Arts’ tidak lama lagi.

Sudah tiga minggu saya tidak bercukur dan perlu simpan janggut sehingga tamat penggambaran  dan hanya boleh dipotong seminggu sebelum Raya,” ujar Zul Ariffin kepada xtra.com.my ketika ditemui baru-baru ini.

Zul juga memberitahu, perlu  melakukan work out serta menaikkan berat badannya lagi 5 kilogram sehingga mencapai 90 kilogram agar nampak sasa dan bertepatan dengan watak seorang ahli seni bela diri.

Sudah tentu dengan pengalaman mempelajari seni  Muay Thai sejak remaja, tidak mendatangkan masalah pada pelakon filem aksi ‘J Revolusi’ ini kan?

Wajah Zul Ariffin yang dimuatnaik dalam Instagramnya pada 14 Februari.

Ini wajah terakhir Zul berjanggut yang dimuatnaik pada 21 Januari.

Menurut Zul, beliau perlu  menyimpan janggutnya  lebih lebat lagi  bagi watak dalam filem aksi tersebut yang bakal diterbitkan di bawah produksi Infinitus arahan pengarah tersohor, Kabir Bhatia.

Penggarambaran  dijangka bermula hujung April namun sementara itu Zul Ariffin juga akan terlibat dalam sebuah lagi filem bergenre seram di bawah Skop Productions arahan Syafiq Yusuf.

Untuk filem itu, penggambaran dijangka bermula 25 April ini di Bukit Fraser malah Zul akan kekal dengan imej berjanggut.

Disebabkan saya perlu simpan janggut lebat untuk filem ‘MMA’ jadi mereka terpaksalah menerima saya seadanya untuk filem seram ini,” jelas Zul.

Tapi kena jugalah kan,  wajah berjanggut dalam filem seram!

Moga kesemua filem-filem lakonan Zul Ariffin termasuk filem sekuel ‘Hantu Kak Limah 3’ arahan Mamat Khalid kelak akan ditayangkan di pawagam  tahun ini.

Jangan pula ‘berjanggut’ kita menunggunya sudahlah ya para produser!

Pelakon Filem Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 ini  mula mencipta populariti menerusi  gandingannya bersama Ayda Jebat dalam drama ‘Rindu Awak 200%’ yang disiarkan di Slot Akasia TV3 pada tahun 2014.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 27 Aug 2022

Ibu Sedang Bertarung Nyawa Di CICU, Remy Ishak Mohon Doa Supaya Dapat Bersama Semula

Allahuakbar 😥 semoga ibu Remy Ishak cepat sembuh aamiin dan semoga Remy sekeluarga kuat dan tabah hadapi ujian ini 🤲

Hiburan Thu, 23 Jun 2022
Hiburan Fri, 3 May 2019

‘Saya Tak Boleh Bau Benda Wangi’- Elfira Loy Kongsi Pengalaman Hamil

Tambah Elfira, dia juga berdebar untuk merasai pengalaman pertama berpuasa sebagai wanita hamil.

Hiburan Fri, 13 Jul 2018

Pelakon kena kreatif! – Syukri Yahaya

Syukri Yahaya berpendapat pelakon mestilah bertindak kreatif dalam watak yang dilakonkan walaupun mempunyai skrip dan jalan cerita yang hampir sama…..

Hiburan Tue, 11 Sep 2018

陈嘉荣泪洒主播营「彷佛看到自己的孩子重回怀抱」

由八度空间举办为期3天2夜的《校园主播培训营》圆满落幕,50位大专生在经过培训后,正式成为「校园主播」!