Hiburan By: Salma Syahbuddin November 9, 2017 @ 10:32am

#BEST WISHES MAWARAF

Menggunakan hashtag #mawaraf, Raf Yaakob dan Mawar Rashid telah diraikan oleh keluarga terdekat semasa majlis bersiram dan berinai yang telah dijalankan disalah sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

Majlis bersiram Raf (dari kiri) dan mawar ditemani oleh kedua-dua ibu mereka.

Raf yang turut berkongsi detik-detik bahagianya itu dilaman sosial, turut mendapat perhatian dan ucapan tahniah daripada netizen. Bagi Netizen, mereka berdua kelihatan begitu gembira dan bahagia.

Persalinan ketika majlis berinai

Selepas upacara bersiram, kedua pasangan ini turut diraikan dengan majlis berinai pula. Apa yang menariknya, busana yang dikenakan oleh Mawar cukup menjadi tumpuan. Simple dan Anggun. Ala-ala thai gitu!

Harini, tepat pukul 3.20 petang, dengan sekali lafaz sahaja #mawaraf selamat menjadi suami isteri . Pada majlis yang dihadiri 300 tetamu itu, pasangan ini tampil mengenakan busana jawa.

Raf kelihatan tenang semasa upacara akad nikah

Pada Upacara itu, Raf telah menyerahkan mas kahwin sebanyak RM900. Manakala wang hantaran telah dirahsiakan jumlahnya. Selain itu, pengantin perempuan turut membalas dengan 9 dulang hantaran dan dibalas 7 dulang oleh pihak lelaki.

Pihak pengantin juga turut menyatakan rasa syukur kerana segala persiapan sehinggalah majlis pernikahan ini semuanya berjalan dengan baik dan lancar.

Pasangan ini dalam upaca membatalkan air sembahyang

 

“Syukur Alhamdulillah semuanya dipermudahkan dan ia hari paling bahagia buat kami berdua. “Doa saya agar perkahwinan ini diberkati dan akan kekal sehingga akhir hayat,” katanya.

 

Apa yang penting, doa dan harapan semua peminat dan sahabat kepada Mawar dan Raff adalah melihat pasangan ini sentiasa bahagia sehingga ke akhir hayat. Tahniah diucapkan!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 21 Sep 2023
Featured Wed, 8 Mar 2023
Events Fri, 20 Mar 2020

Siapa Kata #StayHome Boring? Jom Ikut Cara Angkasawan Negara Ini Habiskan Masa Di Rumah

So, boleh lah amalkan tips yang dibuat oleh angkasawan negara kita ni

Selebriti Thu, 7 Dec 2023
Hiburan Wed, 3 Jul 2019

Nana Kesian Dengan Khai Bahar?

Kalau dah jodoh, why not kan?

Hiburan Thu, 31 May 2018

《ntv7华语新闻》新时段强势出发!

深具公信力的《ntv7华语新闻》将开创大马第一个1小时的华语新闻,将原有的两节华语新闻整拼;从6月1日起,星期一至日,下午5时至6时,播出1小时的华语新闻。